Siakap Keli

Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat

Bila dah sampai je waktu untuk servis motosikal, pasti ramai penunggang motosikal kat luar sana tu pening nak pilih minyak hitam yang betul-betul berkualiti dan dalam masa yang sama nak harga yang berpatutan kan?

Yelah kan, kalau dah pakai motor tu secara harian atau nak konvoi jalan jauh-jauh dengan kawan-kawan mestilah kalau boleh kita nak prestasi motosikal kita tu berada dalam keadaan baik.

Korang semua tak perlu pening-pening kepala nak fikir pakai minyak hitam apa untuk next service nanti. Pakai je minyak hitam PETRONAS Sprinta. Confirm berbaloi!

Sebab apa berbaloi? Sebab, korang bukan sahaja beli minyak hitam tu saja-saja je. Korang juga sebenarnya berpeluang untuk bawa balik sebuah motosikal Yamaha YZF-R25 edisi 2018 bersama reka bentuk PETRONAS tau

Menarik kan? Macam mana korang nak menang motosikal tu? Senang je caranya.

Sekarang ni, Petronas Sprinta ada buat peraduan yang dikenali sebagai #BangkitkanDerumanmu Bersama PETRONAS Sprinta.

Macam mana cara-cara nak sertai peraduan ni? Let’s check it out…

Korang cuma perlu:

  1. Beli PETRONAS Sprinta minimum RM30 PETRONAS Sprinta 1L dalam 1 resit pembelian
  2. Imbas QR Code ini atau layari www.pengejarimpian.com
  3. Isi butiran peribadi, lengkapkan e-borang dan muat naik resit pembelian sebagai bukti pembelian
  4. Terima kod penyertaan dan simpan sebagai bukti penyertaan peraduan
  5. LIKE Instagram @PETRONASmotorsports dan Facebook @PETRONASSprinta

Untuk peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta ni, korang bakal berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah motosikal Yamaha YZF-R25 edisi 2018 bersama reka bentuk PETRONAS yang eksklusif dan barangan istimewa PETRONAS Sepang Racing Team.

Hadiah kedua pula berupa 1x topi keledar Scorpion EXO-R1 AIR dan barangan istimewa PETRONAS Sepang Racing Team. Untuk hadiah ketiga pula, korang bakal memenangi 2x topi keledar edisi khas KYT NFJ PETRONAS dan barangan istimewa PETRONAS Sepang Racing Team. Menarik kan?

Tapi kalau korang nak menang hadiah-hadiah ni, korang kena cepat-cepat sebab tempoh peraduan ni akan bermula pada 1 Disember 2020 sampai 31 Januari 2021 je tau.

Pemenang hadiah utama, hadiah kedua dan ketiga akan diumumkan setelah tamat tempoh peraduan. Pengumuman akan
dibuat melalui laman rasmi Instagram @PETRONASmotorsports dan Facebook @PETRONASSprinta

Untuk peraduan ni, korang digalakkan untuk menghantar penyertaan korang ni sebanyak mungkin sebabnya lagi banyak penyertaan yang korang hantar, lagi tinggi peluang korang untuk menang.

Tapi bukan tu je peraduan yang PETRONAS buat. Kalau korang tak sabar nak tunggu keputusan dan ada rasa nak hadiah yang menarik-menarik lagi, korang juga boleh turut serta dalam cabaran Instagram #BangkitkanDerumanmu bersama PETRONAS Sprinta.

Berikut adalah cara-cara untuk menyertai cabaran ni:

  1. Ikuti pengumuman cabaran Bangkitkan Derumanmu di Instagram @PETRONASmotorsport setiap 2 minggu mulai 1 Disember untuk menangi hadiah-hadiah menarik
  2. Para Peserta perlu membeli produk-produk PETRONAS Sprinta bernilai sekurang-kurangnya RM30.
  3. Ikuti akaun Instagram rasmi @PETRONASmotorsports.
  4. Ambil gambar berdasarkan cabaran yang diberi untuk minggu tersebut dan muat naik ke akaun Instagram korang, berserta #BangkitkanDerumanmu dalam tempoh Cabaran yang diberi:-
    a. Cabaran #1 [1 Dis (12.00AM) – 15 Dis 2020 (11:59PM)] b. Cabaran #2 [16 Dis (12.00AM) – 30 Dis 2020 (11:59PM)] c. Cabaran #3 [31 Dis (12.00AM) – 14 Jan 2021 (11:59PM)] d. Cabaran #4 [15 Jan (12:00AM) – 31 Jan 2021(11:59PM)]
  5. Pastikan akaun Instagram anda dan hantaran Peraduan adalah dibuka kepada umum.
  6. Pemenang Hadiah Cabaran akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif yang diterima dalam Minggu cabaran tersebut.

Berikut pula adalah jenis-jenis PETRONAS Sprinta yang terlibat dalam peraduan ni:

  1. PETRONAS SPRINTA F900 1L 10W-50 (Sintetik Penuh)
  2. PETRONAS SPRINTA F900 1L 10W-40 (Sintetik Penuh)
  3. PETRONAS SPRINTA F700 1L 15W-50 (Semi Sintetik)
  4. PETRONAS SPRINTA F700 1L 10W-40 (Semi Sintetik)
  5. PETRONAS SPRINTA F500 1L 10W-40 (Semi Sintetik)
  6. PETRONAS SPRINTA F300 1L 15W-40 (Mineral)
  7. PETRONAS SPRINTA F300 1L 20W-40 (Mineral)
  8. PETRONAS SPRINTA F100 SAE40 (Mineral)
  9. PETRONAS SPRINTA T500 1L (Semi Sintetik)
  10. PETRONAS SPRINTA T300 1L (Mineral)
  11. PETRONAS SPRINTA A700 1L 10W-40 (Semi Sintetik)
  12. PETRONAS SPRINTA A300 1L 10W-40 (Mineral)

Sekiranya korang ingin menyertai peraduan ini, korang boleh dapatkan PETRONAS Sprinta ni di stesen PETRONAS yang berdekatan serta bengkel-bengkel sah yang berdaftar dengan PETRONAS dan kedai rasmi PETRONAS Mesra di Shopee Malaysia

Untuk makluman korang, PETRONAS Sprinta ni dibangunkan dengan teknologi UltraFlex tau.

Teknologi UltraFlex ni dapat meningkatkan kestabilan minyak pelincir dalam motosikal korang tu. Formulasi minyak yang unik dan aktif ni dengan serta merta dapat memberi pengawalan terhadap deposit, kelikatan dan kehausan disamping dapat mengelakkan tekanan dan haba.

Selain daripada itu juga ianya dapat mengekalkan kuasa, mengelakkan klac tergelincir dan memberi respons yang tangkas dalam penukaran gear serta meningkatkan kestabilan minyak pelincir untuk mengalir dan memberi respons segera pada pelbagai bahagian penting motosikal.

Aqmal Ezany

I write what is right