Siakap Keli
Gambar via Mirror UK

Berat Cecah 9kg, Arnab Gergasi Jalani Hidup ‘Mewah’, Siap Ada Bilik Sendiri & Suka Tonton Tv

Baru-baru ini digemparkan dengan kewujudan seekor arnab gergasi di mana arnab tersebut mempunyai saiz yang besar dan beratnya mencecah 9 kilogram. Menurut Lyn Hobson iaitu pemilik arnab gergasi tersebut, dia mengakui bahawa arnab tersebut merupakan haiwan kesayangannya yang bersikap manja.

Tambahnya, arnab jantan yang diberi nama Jester itu adalah baka Continental Giant atau dikenali sebagai German Giant. Arnab itu dikatakan sering menemani pemiliknya berehat di sofa, menonton televisyen malah memiliki bilik tidurnya sendiri. Jester juga mempunyai tiga katil untuk merehatkan kepalanya yang besar.

Gambar via Mirror UK

Lyn yang berusia 60 tahun dari Scuthorpe, North Lincs berkata, Jester adalah haiwan kesayangan terbaik yang diimpikannya.

“Perwatakannya yang manja, tenang dan berkelakuan baik.

“Saya sangat menyayanginya dan dia dianggap seperti anak saya sendiri.

“Semua yang saya lakukan, dia akan ikut sama ada menonton televisyen atau mencuci muka,” kata Lyn.

Walau bagaimanapun, setakat ini rekod yang paling terbesar adalah dianggarkan 4 kaki sementara berat pula adalah sekitar 24 kilogram.

Gambar via Mirror UK

Sumber: Mirror UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.