Seorang paramedik telah beri bantuan CPR dan menyelamatkan anak gajah daripada dilanggar oleh sebuah motosikal. Anak gajah yang berusia satu bulan itu telah terbaring di tanah sambil menangis menahan kesakitan setelah dilanggar oleh sebuah motosikal di wilayah Chanthaburi pada 19 Disember hari sabtu baru-baru ini.
Anak gajah itu kelihatan cedera manakala lelaki yang membawa motosikal tersebut iaitu Anan Cherdsoongnern, 53 telah terlempar jauh dari udara dan terhentak kuat ke tanah sejauh 20 kaki.
Anak gajah itu telah terbaring di sisi lelaki tersebut dan menangis dengan kuat disebabkan kesakitan yang dialaminya. Beberapa kakitangan di pejabat Kawalan Kebakaran Hutan yang berdekatan mendengar tangisan anak gajah itu dan bergegas ke tempat kejadian.
Mereka dapati anak gajah itu hampir tidak sedar dan salah seorang dari mereka telah melakukan CPR pada anak gajah tersebut. Setelah itu, denyutan nadi anak gajah itu perlahan-lahan kembali normal namun ia tidak dapat berdiri dengan sempurna. Sementara itu, anggota paramedik yang lain menyelamatkan penunggang motosikal yang cedera dan mengangkat penunggang motor tersebut menggunakan tandu usungan.

Setelah beberapa minit kemudian, anak gajah itu boleh berdiri namun tidak boleh berjalan dengan baik. Ia telah mendapatkan semula kekuatan fizikalnya untuk berjalan setelah beberapa anggota sukarelawan yang lain membawa anak gajah itu ke seberang jalan yang kelihatan sunyi dan tenang.

Tidak lama kemudian, ibu gajah itu telah muncul dari hutan dan melalui sebuah jalan untuk menuju ke anaknya yang cedera itu. Lalu, ibu gajah tersebut membawa pulang anaknya ke hutan.
Salah seorang pasukan penyelamat, Lek berkata “Kami melakukan pertolongan cemas kepada anak gajah itu dan seorang rakan saya telah beri bantuan CPR kepada anak gajah tersebut. Ia sangat menyedihkan namun saya sangat gembira kerana anak gajah itu telah selamat dan kini telah bersama ibunya”.
Oleh itu, sekumpulan paramedik melepaskan anak gajah itu pulang bersama dengan ibunya sementara mereka merawat penunggang motosikal yang cedera. Lelaki itu kini berada di sebuah hospital dan telah pulih dari kecederannya.
Sumber : Dailymail