JERMAN – Para saintis dilaporkan telah mengenal pasti ular sawa paling awal di dunia daripada fosil yang berusia 47 juta tahun yang lalu. Hal ini dikatakan ia telah ditemui sebuah kuari di barat daya Jerman.
Munurut laporan dari Whatnee2day, spesis python baru yang dikenali sebagai Messelopython Freyi ditemui dengan keadaan yang terpelihara bahkan panjangnya dianggarkan lebih dari satu meter. Bahkan, para penyelidik berkata Messelopython Freyi, kedua-dua spesis baru tersebut merupakan catatan fosil ular sawa tertua di dunia.
Messel Pit hampir berubah menjadi tapak pelupusan sampah sebelum diselamatkan dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada Disember 1995 kerama releven dengan geologinya.
Namun begitu, penulis kajian Dr. Krister Smith dari Institut Penyelidikan Senckenberg dan Muzium Sejarah Alam di Frankfrurt berkata bahawa asal geografi mengenai ular sawa masih belum jelas. Oleh hal demikian, penemuan spesis ular sawa di Messel Pit adalah langkah maju dalam memahami sejarah evolusi ular.
Bagaimanapun, Messelopython Freyi menandakan satu titik sejarah di mana ular sawa juga mampu hidup dalam pelbagai jenis ular di Eropah.
Sumber: Whatnew2day