Dalam usaha untuk menjimatkan kos dalam proses penceraian, seorang lelaki di Singapura didakwa berbohong di mahkamah bahawa isterinya yang baru dinikahi telah menolak untuk menyelesaikan perkahwinan mereka sehingga dapat membatalkan perkahwinan mereka sebagai ganti, lapor Asione.com
Lelaki yang berusia 25 tahun itu dilapor cuba mengelakkan diri daripada dituduh untuk memberi penceraian dan telah berkerjasama dengan isterinya untuk bersetuju dengan rancangannya itu untuk selesaikan hal-hal yang akan datang.
Lelaki itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu pada 22 Disember 2020 iaitu pada hari selasa kerana didapati bersalah berkata bohong di hadapan Makhamah.
Makhamah mendapati lelaki itu dan wanita berusia 24 tahun telah berkahwin pada Januari 2017 yang lalu dan mempunyai krisis dalam perkahwinan mereka pada bulan Jun setelah wanita itu dapati suaminya itu mempunyai hubungan sulit dengan orang lain.
Lelaki itu membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka kerana dia memikirkan kos dalam proses pembatalan adalah lebih rendah berbanding cerai. Selain itu, lelaki juga membuat keputusan berkenaan supaya tidak dilabel sebagai penceraian.
Proses pembatalan perkahwinan akan membatalkan perkahwinan dengan segera. Lelaki itu berjanji untuk menjaga kebajikan dan kelakuannya terhadap ibu bapa mertuanya dan cuba untuk membantu semua permintaanya pada masa hadapan.
Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk membatalkan perkahwinan itu dan lelaki telah meminta peguam untuk menguruskan proses pembatalan tersebut dengan alasan perempuan itu sengaja menolak untuk menyelesaikan urusan pernikahan mereka.
Hakim telah mempertimbangkan perkara tersebut pada bulan Ogos yang lalu di atas tuntutan palsu yang dinyatakan oleh lelaki dan menyatakan bahawa perkahwinan mereka adalah tidak sah.
Setelah itu, tuntuan Lim telah terbongkar dan didapati semua itu adalah satu pembohongan kerana mereka didapati telah melakukan satu hubungan seks pada bulan Januari hingga Julai 2017.
Satu siasatan telah dijalankan dan mendapati pasangan itu masih menjalankan hubungan seks pada bulan Ogos dan Oktober di mana pembatalan perkahwinan mereka dimuktamadkan pada bulan November 2017. Dalam dokumen makhamah tidak menyatakan bagaimana pasangan itu boleh ditemui.
Disebabkan lelaki itu didapati membuat tuntutan palsu di Makhamah, dia akan dikenakan penjara selama 2 tahun atau dikenakan denda. Dia akan memulukan hukumannya bermula pada 4 Januari 2021 tahun hadapan.
Sumber : asiaone.com