Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Menunggang Basikal Secara Bahaya Dan Melulu Di Atas Jalan Raya Boleh Didenda Sehingga RM5,000 – PDRM

Aktiviti berbasikal nampaknya sudah menjadi trend pada waktu ini apabila dilihat banyak aktiviti ini dijalankan. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati tambahan lagi menunggang basikal secara berbahaya di atas jalan raya.

Perkara ini kerana penunggang yang berbasikal secara berbahaya dan melulu di atas jalan raya boleh didenda sehingga RM5,000. Ikuti perkongsikan daripada Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia berkenaan perkara ini:

AWAS! MENUNGGANG BASIKAL SECARA BAHAYA DAN MELULU DI ATAS JALAN RAYA BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM5,000

Aktivit berbasikal yang sepatutnya menjadi satu senaman menyihatkan boleh bertukar targedi, jika masyarakat mengabaikan dan melanggar peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Menunggang basikal secara bahaya dan melulu di atas jalan raya adalah menjadi kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dan boleh juga didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

AWAS! MENUNGGANG BASIKAL SECARA BAHAYA DAN MELULU DI ATAS JALAN RAYA BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM5,000Aktivit berbasikal…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, December 22, 2020

Sumber : Polis Diraja Malaysia

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.