Siakap Keli
Gambar via Bernama

Perak Sedia Buka Lebih Banyak Pusat Kuarantin COVID-19 – Saarani

IPOH, 21 Dis — Perak sedia membuka lebih banyak pusat kuarantin di seluruh negeri mengikut keperluan untuk menempatkan kontak rapat kes COVID-19 bagi mengekang penularan pandemik itu dalam masyarakat.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata ketika ini, terdapat empat pusat kuarantin yang beroperasi secara aktif di Perak dengan dua daripadanya melibatkan hotel di sini.

Pusat kuarantin lain ialah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Hulu Kinta di sini dan Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Tanjung Malim.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming dan Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Saarani juga berkata pihaknya mendapatkan kerjasama Jabatan Tenaga Buruh bagi meningkatkan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di kilang-kilang berikutan risiko kluster membabitkan kawasan itu yang tinggi.

Setakat 12 tengah hari, bilangan jangkitan kumulatif COVID-19 di Perak ialah 2,888 dengan 21 kes baharu dilaporkan.

— BERNAMA

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.