Siakap Keli
Gambar via Bernama

Pesara Guru Rugi Setengah Juta Ditipu Macau Scam

GEORGE TOWN, 21 Dis — Seorang pesara guru kerugian lebih RM512,316 selepas wanita itu ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram, dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, ACP Mohd Rosni Mohd Lazim berkata wanita berusia 60-an itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Fairul dari Kota Kinabalu, Sabah.

“Lelaki itu mendakwa mangsa terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram dan suspek turut memaklumkan menemukan bungkusan milik warga emas berkenaan yang mengandungi lapan kad pengeluaran wang automatik (ATM) yang digunakan bagi menipu.

Katanya lelaki itu turut mendakwa mangsa akan dimasukkan ke dalam lokap sekiranya tidak mengikut arahan diberikan dan wanita tersebut yang ketakutan mengikut arahan suspek serta keesokannya mendapati kad ATM yang dimasukkan ke dalam peti surat itu tiada.

Mohd Rosni berkata sebulan selepas kejadian itu, pesara guru tersebut membuat kad ATM baharu kerana mahu mengambil wang pencennya dan pada masa sama menyemak penyata akaun sebelum mendapati semua simpanannya dalam akaun iaitu RM512,316 sudah dikeluarkan.

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.