Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Detik Dramatik ‘Si Oyen’ Berjaya Lompat Dari Tingkap Bangunan Terbakar Ketika Api Sedang Menyambar Ekornya

Detik yang menakjubkan apabila seekor kucing melepaskan diri dari bangunan dua tingkat melalui tingkap dan terjun dengan selamat setelah kebakaran berlaku di sebuah pangsapuri di, New York City.

Pusat kawalan haiwan mengatakan kucing itu dalam keadaan baik namun bulu di bahagian ekornya terbakar dan berwarna hitam dipercayai asap setelah melepaskan diri dari kebakaran di perumahan Lincoln, Harlem.

Video yang dirakam oleh Aaron Ganaway itu menunjukkan kucing itu terperangkap di luar tingkap ketika api sedang membakar ekornya. Orang ramai di bawah bangunan bersorak kepadanya. Akhirnya dia terus melompat ke bawah sebelum seseorang memegang dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Tujuh orang lain, termasuk dua polis, cedera dalam kebakaran itu.

Gambar via Dailymail

Kucing berwarna oren akhirnya itu diserahkan ke Pusat Kawalan Haiwan. Jurucakap memberitahu NBC New York bahawa kucing itu, yang diberikan nama ‘Tomcat,’ ‘dalam keadaan yang cukup baik’.

Pihak polis sedang mencari pemilik kucing itu.

Sumber : Dailymail

Aziezzan