Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Ayam sememangnya boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Antaranya ialah ayam masak merah, ayam masak kari, ayam masak kicap dan sebagainya. Pun begitu, ayam yang hanya digoreng turut mendapat tempat di hati para penggemar makanan ini. Apatah lagi sekiranya ayam tersebut digoreng bersama lemon dan madu.
Menerusi perkongsian seorang pengguna facebook Rosie Zam, beliau ada kongsikan resipi “honey lemon chicken” untuk membuat hidangan itu. Ikut perkongsian resipinya di bawah :
Hai gaiss. Hari ni saya nak kongsikan resepi “honey lemon chicken”.
Sedap tau rasa masam lemon dan manis madu bersatu dalam kuali. Haa bukan madu yang lain itu okeh. Hihi.
Baiklah ini bahan yang diperlukan:
Isi ayam
Minyak untuk menggoreng
*Bahan perapan*
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil tepung jagung
*Bahan honey lemon sos*
3 sudu besar madu
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar jus lemon
*Bahan bancuhan tepung*
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada putih
Makan pula dengan nasi panas. Walaa sedapnye gais. Nanti cuba tau #resepirosie ni. Cara memasak saya terangkan dalam gambar dibawah ni ok.
Jemput follow Rosie Zamuntuk lebih banyak resepi. Bye semua

Bersihkan isi ayam dan potong macam dalam gambar ni. Jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.

Masukkan bahan perapan dan simpan dalam peti sejuk selama 10 ke 15 minit.

Campurkan bahan adunan untuk menggoreng ayam nanti.

Selepas 15 minit masukkan ayam yang diperap ke dalam adunan tepung tadi.

Panaskan minyak dan gorenglah ayam yang sudah dicelup tepung. Goreng hingga kekuningan saja tau. Kemudian angkat dan toskan.

Campurkan semua bahan untuk sos honey lemon dan kacau.

Dalam kuali lain tuangkan bahan sos tadi.

Biarkan ia mendidih dan pekat sedikit. Rasalah masam manis masinnya sesuai atau tidak

Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau seketika agak mesra sedikit sudah.

Taraaa dah siap boleh makan dah. Jangan lupe tekan suis periuk nasi kalau tidak habislah ratah lauk saja. Haha.
Sumber : Rosie Zam