Siakap Keli
Kredit: MarketWatch/Google

Turki Dilapor Temui Simpanan Emas 3.5 Juta Auns, Dipercayai Antara Lima Perlombongan Emas Terbesar Dunia

ANKARA, 23 Dis – Turki dilaporkan menemui sejumlah simpanan emas terbesar di lombong milik syarikat pengeluar emas, Gubretas di wilayah Marmara baru-baru ini.

Pengerusi syarikat, Fahrettin Poyraz berkata, nilai anggaran kesemua 3.5 juta auns emas (bersamaan 99 tan) berkenaan adalah kira-kira RM24 bilion berdasarkan harga emas semasa.

Difahamkan, penemuan emas terkini itu adalah dipercayai antara lima perlombongan emas terbesar di dunia.

Kerja-kerja perlombongan yang akan dijalankan oleh syarikat pelombong Maden AS (di bawah Gubretas) akan memakan masa sehingga dua tahun.

“Tanah lombong di wilayah Bilecik ditempatkan bahagiannya kepada sebuah firma swasta, Koza Altin, namun perjanjian itu dibatalkan kerana syarat-syaratnya gagal dipenuhi,” kata pengerusi itu kepada Anadolu.

Koza Altin disita oleh Saving Deposits Insurance Fund sebagai sebahagian daripada perjuangan menentang Pertubuhan Pengganas Fetullah (FETO), sebuah kumpulan di sebalik gelombang rampasan kuasa yang ditewaskan kerajaan Turki pada 2016 lalu.

Sumber: Anadolu Agency

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'