Kita sedia maklum, menu makanan yang berasaskan ayam sangatlah banyak sehingga ia menjadi kegemaran ramai di antara kita kan? Kalau boleh dikatakan setiap hari menu ayam mesti menjadi hidangan wajib yang berada di atas meja.
Namun begitu, salah satu menu yang paling simple, mudah dan yang paling penting anda tak perlu pening adalah hidangan ayam goreng. Tetapi adakah anda semua sudah tahu untuk membuat ayam goreng itu kelihatan rangup dan sedap ketika dimakan?
Apa kata sekali-sekala anda cuba resepi yang dikongsi oleh Lelawati Lela menerusi laman Facebook miliknya. Mungkin resepi ini akan membantu anda terutamanya kepada para mommies untuk memikat selera anak anda. Ikutilah perkongsiannya di bawah ini:
- Bersihkan ayam terlebih dahulu dan tuskan airnya.

2. Tumbuk bawang putih dan halia sampai lumat kemudian gaulkan pada ayam tadi.

3. Taburkan tepung goreng bestari sikit-sikit ke atas ayam yang dah digaulkan dengan halia dan bawang putih tadi dan ratakan sehingga semua ayam disalut dengan baik.

4. Sambil-sambil korang gaulkan ayam tadi ngan tepung tu bolehlah panaskan minyak ye.
5. Bila minyak dah panas, goreng ayam tadi sampai menjadi warna keemasan dan sedia untuk di angkat.

Sumber: Lelawati Lela