Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan maut selepas dicekik dan dicampak ke dalam ketuhar oleh datuk dan neneknya di Rusia, lapor Metro UK.
Menurut portal itu, bayi itu telah dibunuh kedua-dua suspek yang disyaki mabuk selepas tidak tahan mendengar tangisan kanak-kanak itu.
Mayat mangsa hanya ditemui selepas ibu bapanya yang masing-masing berusia 20 dan 25 tahun tidak menemui bayi mereka sebaik pulang ke rumah. Mereka hanya menjumpai pakaian kanak-kanak malang itu sebelum menemukan mayat mangsa yang diselaputi salji di luar rumah, lapor Metro UK.
Pelaku yang masing-masing berusia 52 dan 48 tahun itu kini telah ditahan polis atas tuduhan membunuh.
Memetik kenyataan Jawatankuasa Penyiasat Rusia (IC), “Mereka meletakkan pakaian anak kecil itu di dalam rumah tetapi bukan dirinya. Kedua-dua datuk dan neneknya berada dalam keadaan yang amat mabuk.”
Tambah kenyataan itu, analisa forensik akan mendedahkan punca sebenar kematian kanak-kanak malang itu.
Sumber: Metro UK