Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

COVID-19: Perempuan 15 Tahun Antara 2 Kes Kematian Hari Ini, Tiada Latar Belakang Penyakit Kronik Dilaporkan

Putrajaya, 24 Disember – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun merupakan antara korban COVID-19 hari ini, lapor Kementerian Kesihatan.

Memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, remaja yang merupakan kes ke 46,551 itu merupakan warganegara Malaysia dan tidak mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Jenazah mangsa ke-445 kematian COVID-19 itu telah dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Kematian kedua hari ini merupakan warganegara Malaysia berusia 61 tahun. Pesakit lelaki yang merupakan kes ke-97,575 itu dilaporkan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia dan strok.

Jenazah kes kematian ke-446 itu telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Takziah diucapkan kepada keluarga-keluarga mangsa.

Sumber: KP Kesihatan

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.