CHENNAI – Seorang gadis celik telah dilaporkan berjaya memasak 46 hidangan dalam tempoh masa 58 minit dan berjaya mendapat pengiktirafan UNICO Books of Records. Menurut Gulf News, gadis celik yang bernama SN Lakshmi Sai Sri dikatkan meminati bidang masakan sejak dirinya dilatih oleh ibunya sendiri.
“Saya telah belajar memasak dari ibu saya. Saya sangat gembira kerana berjaya mencapai kejayaan ini,” katanya.
Sementara itu, ibunya, N Kalaimagal mengatakan bahawa anaknya mula meminati bidang masakan sejak berlakunya pemerintahan berkurung yang dilaksanakan di India. Malah, ayah Lakshmi menyarakan agar dirinya untuk mencipta rekod dunia kerana memiliki kemampuaan memasak yang sangat baik.
“Saya memasak pelbagai masakan tradisional Tamil Nadu. Ketika perintah berkurung, anak perempuan saya menghabiskan masa bersama saya di dapur. Ketika saya membincangkan minat anak kami dengan suami saya, dia mencadangkan agar anak kami mencuba rekod dunia dalam memasak,” kata N Kalaimagal.
Tambahnya, ayah Lakshmi mula membuat penyelidikan dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan, Saanvi dari Kerala pernah mencatat rekod dunia dengan menyediakan 30 hidangan. Dengan itu, ayahnya Lakshmi tekad mahukan Lakshmi untuk memecahkan rekod Saanvi.
Sumber: Gulf News