Siakap Keli
Gambar : Google

Gusi Bengkak Kumur Air Garam? Doktor Kongsi Rawatan Sebenar Dan Punca Sakit Gusi

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Gusi?  Gusi, yang biasa disebut orang, secara saintifiknya adalah dimaksudkan kepada periodontium, iaitu, tisu-tisu yang menyokong gigi, termasuk gusi (gingiva).

Tanda dan Gejala Penyakit Gusi

Penyakit Gusi bermula dengan sedikit keradangan pada gusi dan melarat hingga merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan kehilangan gigi.

Gingivitis (Radang Gusi)

Penimbunan plak dan kalkulus membahayakan. Bakteria menyebabkan keradangan gusi yang dinamakan gingivitis di mana gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah.

Bagaimana gusi bengkak boleh berlaku?

(1) Kebersihan mulut

Setiap individu sudah dipraktikkan dari kecil untuk menjaga kebersihan gigi. Mungkin ada yang tidak mengambil berat tentang penjagaan gigi sehingga menyebabkan pelbagai penyakit dalam mulut boleh berlaku. Sentiasa amalkan berus gigi sebanyak 3 kali dalam sehari untuk mengelakkan penyakit gusi bengkak berlaku. Apabila kebersihan gigi dan mulut sentiasa bersih, gusi juga akan kekal sihat tanpa sebarang penyakit.

Selain itu, anda juga boleh guna cara lain untuk menjaga kebersihatan gigi dan mulut. Antaranya boleh guna ubat pengkumur mulut dari colgate, listerine, oradex dan sebagainya. Ia mampu mengekalkan gusi yang lebih sihat di samping mulut kekal bersih dan segar.

(2) Pemakaian pendakap gigi

Ramai di antara kita memakai pendakap gigi atau braces untuk meratakan susunan gigi. Namun, pendakap gigi yang dipasangkan berhampiran dengan gusi akan beri tekanan terhadap gusi sekaligus menyebabkan ianya bengkak. Oleh itu, sebelum anda pakai pendakap gigi, pastikan ia dari perkhidmatan pakar yang bertauliah kerana mereka mempunyai pengalaman untuk memasang pendakap gigi yang betul.

(3) Makanan yang bergula

Pemakanan yang tidak sihat menjadi salah satu punca gusi menjadi bengkak. Anda mungkin boleh kurangkan pengambilan makanan bergula dan gantikan dengan makanan yang lebih sihat. Kandungan gula yang tinggi akan menghakis enamel pada gigi dan ia akan memberi kesan terhadap gusi. Oleh itu, sentiasa amalkan makanan yang seimbang dan elakkan pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan supaya mengekalkan gusi yang lebih sihat.

(4) Kekurangan vitamin

Mereka yang kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan berlakunya gusi bengkak. Vitamin yang penting untuk kesihatan gusi kita ialah vitamin C. Bagi mereka yang mungkin kurang mendapatkan vitamin C, keadaan gusi bukan sahaja bengkak malah ia menyebabkan gusi berdarah. Selain daripada pengambilan supplement vitamin C, anda juga boleh amalkan buah-buahan atau sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

(5) Kehamilan

Ibu mengandung menjadi salah satu sebab gusi bengkak boleh berlaku. Hal ini kerana kebanyakan ibu mengandung akan kekurangan nutrisi disebabkan zat-zat yang tersebut diberikan kepada kandungan dalam rahimnya. Oleh itu, mereka mudah mendapat penyakit gusi bengkak.

(6) Nanah berkumpul pada gusi, gigi dan tulang yang memegang pada gigi

Nanah yang terkumpul dalam mulut disebabkan jangkitan kuman. Hal ini berlaku disebabkan penjagaan kebersihan mulut yang tidak betul sehingga mendatangkan bakteria. Oleh itu, gusi akan bengkak jika terdapat banyak nanah yang berkumpul dalam mulut.

Bagaimana merawat gusi bengkak?

Gambar : Google

(1) Air garam

Petua ini telah diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu dan ternyata ianya berkesan menghilangkan gusi yang bengkak. Caranya sangat mudah. Hanya perlu larutkan garam dalam segelas air dan kumur dengan menggunakan air tersebut. Langkah ini boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari untuk meredakan gusi yang bengkak.

(2) Jus perahan lemon

Mungkin ada sesetengah pihak tidak suka berkumur dengan air garam. Anda juga boleh gantikan dengan jus perahan lemon. Caranya juga sangat mudah. Perah lemon tersebut dan kumur dalam beberapa minit. Cara ini mungkin dapat meredakan gusi yang bengkak.

Gambar : Google

(3) Flos gigi dengan menggunakan benang flos

Selepas anda makan, terdapat beberapa sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi.  Anda boleh buang sisa makanan yang terlekat itu menggunakan benang flos. Perkara ini akan mengelakkan penyakit  gingivitis berlaku dalam mulut anda.

(4) Pengambilan vitamin untuk gusi

Bagi mereka yang sering mengalami gusi bengkak, terdapat beberapa vitamin yang boleh surutkan penyakit ini. Antaranya ialah vitamin C, asid folik dan zat besi. Ketiga-tiga vitamin tersebut penting untuk memastikan kesihatan gusi yang sihat di samping mengekalkan kesihatan badan yang baik.

Gambar : Google

(5) Minum air banyak

Air masak sangat penting untuk menghidratkan badan seseorang. Bagi yang mengalami gusi bengkak, sentiasa amalkan minum air masak yang banyak. Hal ini kerana air masak dapat mengurangkan kadar bakteria dalam mulut sekaligus ia menggantikan fungsi air liur.

(6) Guna ubat gigi khas untuk gusi

Penggunaan ubat gigi khas untuk gusi sedikit sebanyak akan mengurangkan keradangan pada gusi. Anda boleh dapatkan ubat gigi seperti systema, colgate atau apa-apa jenama ubat gigi sensitif yang dikhaskan untuk gusi. Ubat gigi tersebut akan dapat kurangkan gusi yang bengkak sekaligus ia memberi kalsium yang lebih kepada gigi dan gusi supaya menjadi lebih kuat.

Kesimpulan

Jika anda anda kerap mengalami gusi bengkak dan berdarah apabila berus gigi, segera berjumpa dengan doktor sekiranya bengkak berlarutan lebih dari dua minggu supaya doktor dapat mengenal pasti punca masalah gusi bengkak berlaku. Jangan biarkan terlalu lama kerana bimbang boleh terjadinya jangkitan kuman yang berpanjangan sehingga boleh merebak ke tempat lain.

Sumber: Myhealth, Dr Sri Viknarajan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.