Siakap Keli

Ini 11 Gejala Gula Darah Rendah Orang Ramai Perlu Beri Perhatian, Boleh Jejaskan Kesihatan

Sama seperti gula darah tinggi, gula darah rendah juga boleh membahayakan keadaan badan. Keadaan tubuh ketika gula darah terlalu rendah dikenali dengan istilah hipoglikemia dalam dunia kesihatan.

Menurut Health Line, hipoglikemia mempengaruhi terutana kepada mereka yang menghidap diabetes, lebih-lebih  lagi mereka yang mengunakan metod pengubatan dengan terapi insulin.

Selain pesakit diabetes, gula darah rendah juga boleh terjadi pada mereka yang mempunyai masalah permakanan dan berfungsi sebagai sumber tenaga penting untuk badan. Karbohidrat adalah sumber utama glukosa dalam badan.

Setelah anda makan, glukosa akan diserap ke dalam aliran darah, kemudian menuju ke dalam sel-sel badan. Hormon yang disebut sebagai insulin yang di proses di pankreas, bertujuan membantu sel menggunakan glukosa untuk bekalkan tenaga.

Jika anda mengambi lebih banyak glukosa daripada jumlah yang diperlukan, badan akan menyimpannya di hati dan otot atau mengubahnya menjadi lemak sehingga dapat digunakan semula untuk tenaga saat diperlukan kelak. Sementara itu, tanpa glukosa yang cukup, tubuh anda tidak dapat menjalankan fungsi normal.

Dalam jangka pendek, penghidap diabetes yang tidak menjalani peratwatan yang meningkatkan insulin memiliki cukup glukosa untuk menjaga kadar gula dalam darah, hati dapat membuat glukosa jika diperlukan.

Namun, bagi mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan khusus ini, penurunan gula dalam darah jangka pendek dapat menyebabkan banyak masalah. Gula darah anda dianggap rendah jika turun di bawah 70 mg/dL. Perawatan segera untuk kadar gula darah rendah penting untuk mencegah gejala yang lebih serius merebak.

Gejala gula darah rendah

Merujuk artikel dari WebMD, kebanyakan orang merasakan gejala hipoglikemia ketika gula darah mereka sudah mencapai 70 mg/dL atau lebih rendah. Setiap penderita diabetes boleh jadi akan menunjukkan gejala gula darah rendah yang berbeza.

Beberapa gejala awal hipolikemia yang dapat terjadi, termasuk:

  • Kebingungan
  • Pening
  • Merasa gementar
  • Rasa lapar yang teruk
  • Sakit kepala
  • Sifat cepat marah
  • Jantung berdebar (palpitasi)
  • Kulit pucat
  • Berpeluh
  • Rasa lelah
  • Kegelisahan

Jika tidak diubati, seseorang dengan gula darah rendah mungkin akan mengalami gejala yang lebih parah, termasuk:

  • Koordinasi yang buruk atau sering mengalami kesukaran untuk bercakap
  • Kurang tumpuan
  • Hilang deria rasa di mulut dan lidah
  • Kejang
  • Mimpi buruk
  • Jatuh pengsan
  • Koma

Sumber- Healthline

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.