Seorang lelaki dari Perancis dilaporkan berjaya memecah rekod dunia dengan duduk di dalam kiub ais dalam jangka masa paling lama. Cabaran ekstrem tersebut didakwa untuk mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menghidapi kanser.
Pekerja kesihatan, Romain Vandendorpe yang berusia 34 tahun itu merendam dirinya di dalam kabin kaca selama dua jam, 35 minit dan 43 saat. Berikutan dengan itu, dirinya turut berjaya memecah rekod terdahulu dengan tempoh 40 minit.
Menurut India Times, Romain melakukan cabaran ekstrem tersebut pada 19 Disember yang lalu di bandar Wattrelos di utara Perancis. Perbuatannya itu dilakukan di hadapan 50 orang di mana dirinya bermula berendam pada pukul 3.18 petang dan diakhiri pada pukul 5.49 petang.

Walau bagaimanapum, dirinya berharap wang yang diperolehinya itu dapat memberi manfaat untuk merawat kanak-kanak kanser. Malah, badan amal tersebut dinamakan sempena nama seorang gadis yang berusia empat tahun yang dipercayai telah meninggal dunia akibat kanser otak dua tahun yang lalu.
“Semua orang dapat menyumbangkan satu euro untuk setiap minit Romain berendam dalam ais itu,” kata Steve de Matos yang merupakan ketua persatuan.
Sumber: India Times