Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Pemuda Sanggup Jalani 32 Prosedur Pembedahan Plastik Demi Nak Kelihatan Seperti ‘Elf’

Seorang lelaki dilaporkan telah mendedahkan bagaimana diriny menjalani 32 prosedur pembedahan plastic untuk menjadi ‘Elf’ dan dirinya merancang untuk meneruskan hasratnya itu.

Luis Padron, 29 merupakan seorang penerbit dari Argentina telah menerima pendedahan tersebut secara percuma kerana didakwa dirinya adalah model pembedahan plastik. Namun begitu, dia menganggar kos pembedahan wajahnya sekitar $ 100,000 (RM405,962).

Menurut Daily Star, Luis Padron telah melakukan pembedahan termasuk pada bahagian muka, leher, telinga, mata dan lain-lain lagi. Satu pembedahan memerlukan rahangnya untuk patah sebanyak lima kali dan diset semula dengan titanium. Pada masa yang sama, dirinya juga menjalani rawatan laser untuk melunturkan warna kulit. Malah, menukar warna matanya sebanyak enam kali.

Gambar via Daily Star

“Sejak saya kecil, saya hanya mampu berkhayalan sebagai cara untuk menangani kenyataan yang sukar.

“Saya peminat filem seperti Labyrinth dan Neverending Story dan juga suka buku mengenai lagenda, mitologi dan lain-lain.

“Saya hanya mahu kelihatan seperti semua perkara yang membuat saya gembira,” katanya.

Bagaimanapun, Luis menganggap pengkritik dan pembenci sebagai minoriti yang besar buat dirinya untuk mencapai impiannya.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.