Seorang suami telah dilaporkan melakukan perkara yang unik dan kreatif ketika membawa isterinya keluar untuk menghadiri satu jamuan makan sempena hari Krismas di tempat kerjanya. Chris Stares telah memberikan kad laporan yang turut digelarkan sebagai “Ulasan Prestasi Tahunan Pasangan” kepada isterinya, Sophie.
Menurut Daily Mail, Chris Stares, 39 menggunakan borang tersebut untuk memberi penilaian kepada isterinya yang berusia 38 tahun tentang prestasi isterinya pada 18 kriteria yang berbeza. Setiap kriteria yang dinyatakan di dalam laporan dua halaman tersebut mempunyai peringkat dari “Sangat Baik” hingga “Perlu Diperbaiki”.
Sehubungan dengan itu, Chris telah menyimpulkan secara ringkas mengenai laporan tersebut di mana dirinya menulis: “Walaupun tahun yang sukar, Sophie Stares telah berjaya menjaga rumah dan keluarga malh berjalan dengan baik. Ada ketika berlaku konflik dan masalah dalam bekerjasama, tetapi perkara tersebut boleh diterima oleh pihak pengurusan kanan sebagai hal yang boleh difahami.”

Tetapi terdapat beberapa kriteria yang perlu penambahbaikan iaitu dari segi kritikan terhadap kecenderungannya untuk menyimpan lebih banyak makanan.
Namun begitu, isterinya tetap gembira dan hargai atas segala usaha kerasnya sehingga dinilai sebagai “Cemerlang” oleh suaminya. Berikutan itu, Sophie dipercayai telah mendapat markah tertinggi dalam lapan daripada 18 kriteria bahkan terpuji kerana ketepatan masa, organisasi, idea hiburan keluarga dan kemahiran memasak.


Sumber: Daily Mail