Buat anda yang suka dengan tumbuh-tumbuhan dan tanaman, berhati-hatilah ketika melontarkan kata yang mempunyai emosi. Intonasi yang keluar ketika orang yang tengah marah, ternyata akan memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan tanaman.
“Mereka tidah faham dengan bahasa yang dilontarkan, tapi dia (tanaman) boleh menerima intonasi,” ujar pemuzik Bottlesmoker, Anggung Suherman melalui kenyataan daripada artikel Kompas,com.
Informasi tersebut diperolehi oleh Anggung dari berbagai jurnal yang beliau baca kerana sedang menjalamkan eksperimen berkaitan dengan tanaman.
“Kami bosan dengan konsert virtual dan hanya berada di rumah. Kami ingin menyelenggarakan konsert dengan audience tanaman,” tutur dia.
Ia tidak ingin suara muziknya memberi pengaruh buruk terhadap tanaman. Oleh sebab itu itulah dia melakukan kajian sekaligus membaca berbagai artikel ilmiah. Hasilnya, muzik yang disukai tanaman ada pada frekuensi bumi di angka 432 hertz. Sedangkan standard manusia ada di 441 hertz.
“Manusia biasa menggunakan 432 hertz untuk keperluan healing,” ujar dia. Tanaman juga menyukai suara yang nyaring yang berada di frekuensi 5.000 hertz.
Suara tersebut boleh digantikan dengan bunyi-bunyian alam, seperti burung nyaring, cengkerik dan lainnya. Untuk muzik, frekuensi itu boleh diperoleh dari muzik klasik atau melodi yang menghasilkan suara repetitif. Seperti unsur string, suara alam, air, dan angin.
Bunyi-bunyian tersebut membuat tanaman bahagia. Hingga boleh menyebabkan mempercepatkan proses pertumbuhan tanaman, pelindung dan memperindahkan warna daun.
“Penelitian ini dilakukan di tanaman indoor,” sambung dia.
Kemudian, suara yang membuat tanaman “bahagia” ini akan bagus bila diperdengarkan sebelum pukul 10.00 dan selepas pukul 15.00.
Selain dari waktu itu tidak bagus untuk tanaman. Sebab, tanaman tengah mengdaptasi dengan suhu sekeliling. Bila ditambah dengan bunyi-bunyian akan penagaliran tenaga yang banyak sehingga sukar untuk bertahan.
Selain itu, hindarilah suara yang tidak disukai tanaman. iaitu suara dengan frekuensi rendah atau di bawah 20 hertz. Suara itu diperoleh dari bunyi noise, suara bising manusia, jeritan, motor, mercun dan bas.
“Suara itu mengganggu kenyamanan tanaman,” ucap Anggung.
Berdasarkam keyakinan ini, Bottlesmoker yang terdiri dari dua pemuzik ini mengadakan konsert Plantasia beberapa hari lalu.
Sumber- Kompas.com