Siakap Keli

Bermodalkan RM370, Wanita Dulunya Gaji RM1,300 Kongsi Kisah Kejayaan Capai RM300,000 Sebulan

Benar kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Setiap orang dikurniakan rezeki yang berbeza. Ada yang diberi rezeki kesihatan tubuh badan, rezeki dalam kebahagian rumah tangga, rezeki wang dan harta serta rezeki bertemu dengan orang-orang yang baik.

Tak pernah terfikir akan berada diposisi seperti sekarang, wanita dari Sabah ini bersyukur hidupnya berubah 360 darjah sebaik bertemu orang-orang yang baik dan hebat.

Gaji lepas tolak semua tinggal RM300

Bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai seorang pembantu akaun, Quilin Madeyok dibayar RM1,300 untuk menyara hidup setiap bulan.

Lebih parah, gaji itu setelah ditolak semua tanggungan, baki duitnya hanya tinggal RM300 sahaja.

Mungkin bukan Quilin seorang yang menghadapi masalah yang sama, ada juga segelintir daripada kita berdepan situasi sama.

Anak mana yang tak ingin bantu mak ayah? Keluarga? Apakan daya, gaji yang kecil membuatkan semuanya terbatas.

Titik permulaan hidup mula berubah

Kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Dia nak hadiahkan kita pelangi.

Siapa sangka perancangan Allah lebih hebat.

Segalanya bermula apabila Quilin bertemu dengan orang dan produk yang betul. Bermula sebagai pengguna tegar kerana ingin mengatasi masalah rambut gugurnya, lama-kelamaan, manfaat itu dirasakan perlu dikongsi sekaligus menjana pendapatanya.

Selepas tiga tahun Quilin bersama Faith Fleur, dia kini antara orang hebat dibawah jenama tersebut.

Modal RM370

Berbekalkan RM370 sebagai modal memulakan jualan sampingan, Quilin kini mampu menghasilkan lebih RM300,000 sebulan berbeza dengan apa yang dirasainya tiga tahun lalu.

Berkat mentor yang selalu membimbingnya tanpa putus asa, hasrat Quilin menjadi orang berjaya tercapai. Siapa sangka dulu hanya makan gaji RM1,300 sebulan, kini pendapatannya beratus kali ganda.

Sama seperti orang lain, Quilin juga bermula dengan skala yang kecil. Jadikan rumah sebagai stor, sehinggalah mampu membuka pejabat urusan sendiri di Kuching.

Usaha serta tekad ingin mengubah nasib keluarga, mendapatkan apa yang diinginkan dan melangsaikan hutang menjadi antara asbab Quilin tidak putus asa dan yakin bersama Faith Fleur.

Keberkesanan rangkaian produk Faith Fleur diakui puluhan ribu penggunanya.

Mahu melihat lebih ramai orang berjaya mengubah kehidupan masing-masing, Quilin ingin mengajak wanita di luar sana menyertai pasukannya untuk bersama-sama menjana pendapatan menjadi dropship Faith Fleur.

Jika Quilin mampu mengubah kehidupannya dan kini bergelar jutawan, anda juga pasti boleh melakukannya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi atau WhatsApp 012-5144251 atau layari www.faithfleur.my.

Ikuti juga Faith Fleur HQ di Facebook dan Instagram.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.