Baru-baru ini terjadi satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori dan seorang mangsa di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor.
Mangsa dilaporkan dilanggar lari oleh lori berkenaan hingga mengalami kecederaan parah, malah lebih memilukan tangan kanannya terpaksa dipotong.
Mangsa kini sedang menerima rawatan dan direhatkan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan semalam, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew berkesempatan menziarahinya untuk memberi sokongan moral serta sumbangan.
Berbalik kepada kes, pengamal perubatan fisioterapi dan rehabilitasi, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ada mengulas tentang keadaan yang dialami mangsa.
Menurut mangsa, walaupun tangan kanannya sudah tiada, namun dia terasa anggota tersebut masih ‘ada’ lagi. Mari ikuti penjelasan oleh Dr. Kamarul ini.

Semalam ada nampak beberapa gambar seorang pakcik yang alami kecelakaan ketika bekerja di atas jalan raya. Tangan dia hancur. Hari ni tersebar berita tangannya itu telah diamputasi (potong).
Berdasarkan pengalaman saya jadi doktor rehab, bila pakcik ni kata “Rasa macam ada tangan lagi”, dia benar-benar maksudkan apa yang dia kata itu. Ia bukan ayat minta simpati, bukan juga hiperbola.
Pernah dengar ‘phantom limb sensation‘?
Tak pasti apa istilahnya dalam Bahasa Malaysia. Mungkin ‘rasa anggota bayangan’. Maksudnya, pesakit rasa seolah-olah anggota yang diamputasi (potong) itu masih ada. Dia masih ada rasa.
Bayangkan dia masih rasa boleh gerakkan jari pada tangan yang dah tak ada. Kadang-kadang rasa gatal pada tapak tangan, bila nak garu tengok tangan yang gatal tu, sekali tangannya tak ada.
Bingung, kan?
Nak hilangkan phantom limb sensation ini, ambil masa yang agak lama jika ia melibatkan anggota tangan. Perlukan berminggu-minggu juga, kadang-kadang berbulan-bulan. Kalau kaki, cepat sedikit.
Phantom limb sensation ni boleh datangkan masalah jika tak dirawat dengan betul.
Seperti contoh tadi, rasa gatal di anggota yang tak ada, macam mana nak redakan? Ada yang rasa seperti aku orang geletek tapak kakinya yang dah tak ada. Seram pula, kan?
Ada pesakit yang rasa sakit pada anggota yang hilang itu, ini pula dinamakan phantom pain. Ada pesakit mengadu jarinya sakit kerana ia terlipat, walhal tangannya itu dah tak ada.
Ada pesakit amputasi kaki yang terjatuh dari katil kerana masih rasa dia ada kaki. Ada pesakit amputasi tangan yang terjatuh tangga kerana cuba pegang railing tangga dengan tangan yang dah tiada.
Phantom limb sensation ni masalah melibatkan saraf yang cedera itu, dan ia perlu ditangani.
Selain diberi ubat, pesakit yang kehilangan anggota tubuh, akan dirujuk kepada Unit Pemulihan Carakerja untuk terapi mengurangkan phantom pain dan melenyapkan phantom limb sensation.
Apa yang mereka buat di sana?
1. Terapi kotak cermin. Sukar sikit nak terangkan bagaimana ia dijalankan, tetapi ia melibatkan cermin dan sesuai untuk rawat kes seperti pesakit yang rasa jarinya terlipat tadi.
2. Mereka juga akan diajar cara buat desensitisation (kurangkan rasa) pada anggota yang tiada. Antara caranya adalah dengan mengusap atau urut putung (stump) anggota yang diamputasi.
3. Sesetengah kes, transcutaneous electrical nerve stimulation (TENS) akan digunakan. Secara ringkas, ia adalah alat yang gunakan elektrik untuk memberi stimulasi pada saraf.
Ada banyak lagi perkara nak dibincangkan, tapi macam dah panjang sangat pula ni. Kita sambung lain kali, ya?
Semoga pakcik ini dipermudahkan urusannya.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation
Semalam ada nampak beberapa gambar seorang pakcik yang alami kecelakaan ketika bekerja di atas jalan raya. Tangan dia…
Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Thursday, December 24, 2020
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan