Siakap Keli

G-Shock Dilapor Bakal Keluarkan Jam Tangan Edisi Terhad Initial D, Dijangka Jadi Rebutan Peminat

Peminat setia Initial D dan G-SHOCK pasti tidak senang duduk apabila mengetahui bahawa BAIT akan mengeluarkan produk terbaharu iaitu G-SHOCK DW5600. Ia didatangi khas mengikut tema kereta ikonik Toyota Sprinter Trueno APEX AE86 lagenda dari watak protagonist utama anime, Takumi Fujiwara.

Warna putih yang sama dengan Takumi Fujiwara itu dihiasi dengan daftar lengkap perincian yang diambil dari manga dan anime yang berunsurkan pada drift. Ia termasuklah jalur lumba hitam keretanya yang menjalur sepanjang tali. Bahkan, ditambah dengan logo siri di bahagian atas dan papan tanda kedai tauhu keluarga Fujiwara di bahagian bawah.

Bukan itu sahaja, logo anime juga boleh dilihat di caseback dan bersinar apabila lampu jam dinyalakan. Bagi melengkapkan pakej, kotam jam tersebut akan dihiasi dengan ilustrasi dari manga serta casing logam yang diilhamkan oleh AE86.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftar dari sekarang sehingga 29 Disember di laman web BAIT untuk merebut peluang membeli produk terbaharu mereka G-SHOCK DW5600 yang bertemakan D.

Anda boleh membeli produk tersebut pada harga $ 200 (RM813). Namun begitu, pembelian jam ini agak sukar kerana jam tangan tersebut cuma tersedia khas buat penduduk Amerika Syarikat sahaja. Tetapi sekiranya anda mempunyai rakan di Jepun, anda boleh mendapatkan di butik BAIT Japan bermula hari ini sebelum kehabisan stok kerana kuantitinya yang sangat terhad.

Sumber: Hypebeast, baitme

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.