Top Beauty World kini kembali dengan menyenaraikan 100 orang perempuan yang mempunyai wajah tercantik di dunia. Sehubungan dengan itu, sejumlah nama public figure, dari seluruh negara seperti Korea, Rusia, China dan lain-lainnya telah disenaraikan.
Namun begitu, seorang wanita dari Turki, Hande Ercel menjadi perhatian warganet kerana wanita tersebut mempunyai wajah yang cantik dan boleh dikatakan ‘sempurna’. Wanita tersebut dilaporkan telah mendapat gelaran sebagai ‘Wanita Tercantik Di Dunia 2020’.
Wanita yang berusia 27 tahun tersebut telah memperoleh markah sebanyak 9.168 daripada penilaian dan telah mengalahkan Lesty Kejora, artis Bolywood Deepika Padukone, model Victoria Secret iaitu Barbara Palvin dan artis korea, Yoona Lim. Hal ini, dirinya dinobatkan pemenang daripada ratusan wajah yang dinilai.
Pemilihan wajah tercantik di dunia adalah berdasarkan tiga standard iaitu nisbah wajah sebanyak 50 peratus, undian sebanyak 30 peratus dan yang terakhir Global Beauty Standards sebanyak 20 peratus.
Tambahan itu, Hande Ercel juga mrupakan seorang pelakon di Turki di mana dirinya pernah memenangi anugerah Miss Civilization of the World 2012 dan finalis Miss Turkey 2012. Bahkan, namanya semakin hari semakin dikenali ramai setelah membintangi pelbagai rancangan televisyen dan juga filem.
Sumber: Liputan6.Com, Wolipop