Siakap Keli
Gambar Via Google

Hanya Ambil Masa Beberapa Minit, Saintis Australia Dilapor Berjaya Hasilkan Berlian Dalam Makmal

Bagi yang tidak tahu, penciptaan berlian kini tidak perlu lagi mengambil masa selama ribuan tahun untuk terbentuk.

Ia kebiasaannya dibuat setelah karbon dihancurkan dan dipanaskan jauh di bawah permukaan Bumi selama berbilion tahun yang menjadikannya sangat didambakan.

Kini, para saintis di Australia mengatakan bahawa mereka mempercepatkan proses pembuatan berlian pada suhu bilik tertentu dalam hanya beberapa minit.

Menurut laporan CNN bulan lalu, pasukan penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Universiti Nasional Australia (ANU) dan Universiti RMIT di Melbourne, Australia mengatakan bahawa mereka telah mencipta dua jenis berlian pada suhu bilik dengan menggunakan tekanan tinggi.

Mereka mengatakan bahawa dapat membuat dua jenis berlian yang berbeza secara struktural iaitu satu biasanya dipakai dalam perhiasan dan jenis lain yang disebut Lonsdaleite yang dijumpai secara semula jadi di lokasi kesan meteorit.

Berlian sintetik bukanlah sesuatu yang baru dan telah dibuat di makmal sejak tahun 1940-an dalam usaha mencari batu yang lebih murah, beretika dan mesra alam.

“Mampu membuat dua jenis berlian pada suhu bilik sangat menarik untuk dicapai untuk pertama kalinya di makmal kami,” kata seorang sarjana ANU, Xingshuo Huang.

Berlian yang ditanam di makmal biasanya dihasilkan oleh karbon yang mengalami suhu panas yang tinggi.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story