Sesetengah orang suka menggayakan dekorasi rumahnya dengan konsep moden, malah ada juga yang lebih menggemari elemen klasik.
Jika anda suka menghias rumah, pasti anda kenal dengan Rafidahnani Afandi, seorang wanita yang begitu menggemari suasana klasik ‘orang dulu-dulu’ yang diterjemahkan dalam dekorasi rumahnya.
Rafidahnani sering berkongsi foto-foto hiasan dalaman rumahnya yang dihiasnya sendiri menggunakan barang-barang terpakai dan terbuang secara Do-It-Yourself (DIY) di laman Facebooknya, Nani’s Makeover.
Baru-baru ini, Rafidah sekali lagi membuatkan mata warganet ‘terpaku’ dengan hiasan bingkai televisyen (tv) pemberian suami yang dipasang di dinding rumah.
Menariknya, bingkai tersebut bukanlah dibeli di kedai perabot, gedung hiasan rumah terkenal mahupun pusat beli-belah, tetapi ia dihasilkan daripada papan dari reban ayam.
Mari ikuti perkongsiannya ini.

Demi menghargai pemberian. Sejak anak-anak kecil, rumah kami tiada tv. Kehidupan kami lebih kepada rutin biasa dan selebihnya berhibur dengan cara kami sendiri.
Explore apa yang ada di sekeliling rumah. Aktiviti luar rumah secara berkumpulan secara tidak langsung memupuk supaya kami lebih aktif dan kreatif berfikir tanpa tv.
Menghargai pemberian suami, saya putuskan agar tv ini ditempatkan di ruangan penuh ‘nostalgic’.
Satu ruang yang sangat bermakna, di sini ditempatkan gambar-gambar lama bapak dan arwah mak.
Di dinding ini, saya lekatkan zink lama dari reban ayam arwah mak sebagai kenangan.
Rak pameran dulang-dulang lama mak dan juga barang-barang lama pemberian daripada individu istimewa.
Saya tak suka rupa tv sebab ianya berbentuk moden. Jadi kali ini saya buatkan frame tv klasik daripada papan-papan terpakai tinggalan arwah mak.
Serius, semua papan tu dari reban ayam mak yang saya simpan dengan baik sebagai kenangan sepanjang hayat.
Misi untuk buat 100 peratus daripada tangan sendiri gagal apabila Pak Kebayan (suami) guna kuasa veto tak membenarkan saya tebuk lubang dinding sendiri.
Baik…ku turut perintahmu gusti.
Sekali lagi kolaborasi dengan Pak Kebayan.
Terima kasih juga anakanda Putra dan jiran sebelah join untuk finishing.
Ok jom kita lihat langkah-langkah membuatnya dari awal hingga akhir.
1. Bingkai asas daripada kayu palet.

2. Gantung bingkai asas ke dinding.

3. Saya guna papan terpakai untuk buat bingkai hadapan. Gosok semua papan dan bersihkan.

4. Siap bingkai depan. Tak perlu ‘perfect’ di mata nenek cu.

5. Skru bingkai depan ke bingkai asas. Untuk ‘finishing’ guna cat Clear Sea Master Wood Staine.

6. Siap! Nampak tak zink tepi tu lekuk? Kena rempuh dengan kucing yang mengendap cicak.



Demi menghargai pemberian.Sejak anak2 kecik, rumah kami takde tv.Kehidupan kami lebih kepada rutin biasa Dan…
Posted by Nani's Makeover on Thursday, December 24, 2020
Sumber: Nani’s Makeover