Lopak air di Yuzhno-Sakhalinsk dilaporkan masih bertahan selama lebih dari seperempat abad malah didakwa memiliki akaun Instagram di mana mempunyai lebih daripada 16,000 pengikut. Akaun tersebut dibuka oleh seorang penduduk yang bernama Nicolay, 25 sejak bulan September lalu. Bagaimanapun, berkemungkinan menjadi sebuah lopak air tertua dalam sejarah.
Menurut Oddity Central, lopak tersebut telah berlaku sejak tahun 1994 dan penduduk tempatan berusaha untuk memohon pihak berkuasa untuk melakukan kerja baik pulih. Namun, usaha mereka sia-sia kerana jadual projek baik pulih kerap ditunda berulang kali sehingga dikatakan bakal dibaik pulih pada tahun 2024.
“Hai semua! Saya lopak air berhampiran Jalan Tikhookeanskaya 10, Yuzhno- Sakhalinsk. Saya berusia 25 tahun dan inilah masa saya untuk menakhluk Instagram seperti orang dewasa,” demikian posting pertama yang dimuat naik di IG yang menjadi tular di media sosial dan pihak berkuasa tempatan.
Bahkan, hanya masa empat hari sahaja akaun tersebut telah berjaya meraih lebih 3,000 pengikut dan mendapat perhatian media tempatan. Disebabkan itu, pihak berkuasa tiada pilihan lain selain kecuali bertindak.
“Nampaknya banyak lumpur kering yang diletakkan dengan alat pembinaan yang berat. Kita akan bertemu lagi ketika ribut hujan yang akan datang,” demikian kapsyen akaun lopak air berkenaan.
Tanpa disangka, ramalan tersebut benar belaka dan hujan lebat berikutnya menyebabkan kewujudan lopak air yang lebih besar dari sebelumnya dan peristiwa tersebut dikongsikan di laman akaun berkenaan.
“Apa khabar! Rindu saya? Saya juga rindu anda semua.
“Begitu banyak, mereka cuba menutup saya tetapi tidak berjaya. Hari ini adalah hari hujan yang indah jadi dika ada yang ingin datang mengucapkan ‘Hai’, saya dengan senang hati akan menyambut kalian dan berswafoto bersama,” tulisnya.
Menjelang akhir bukan Oktober, lopak air tersebut bahkan semakin dikenali dengan kehadiran Youtuber dari Rusia yang datang untuk mengambil gambar di situ. Salah satu lopak menjadi perhatian sehingga tular selepas dua model bergambar dengan paddle board.
Sumber: Oddity Central