Seorang wanita juga isteri meluahkan rasa amarahnya apabila si suami terlalu serius berlakon menjadi seekor kumbang.
Wanita yang tidak diberitahu identitinya mengatakan suaminya merupakan seorang pelakon dan pernah bekerjasama dengan ramai artis A-list dalam dunia perfileman. Walau begitu, wabak pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan suaminya tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan.
Baru-baru ini, lelaki berkenaan didakwa telah mendapat tawaran berlakon dalam sebuah drama dan dirinya tidak ingin melepaskan tawaran tersebut.
“Drama ini adalah The Metamorphosis, tentang seorang lelaki Jerman yang bertukar menjadi seekor kumbang.
“Suami saya menghabiskan masanya di lantai dan berkomunikasi seperti kumbang.
“Perkara yang menjadi masalah adalah kumbang sangat sensitif terhadap cahaya jadi suami saya akan menghabiskan hampir sepanjang hari dengan bersembunyi di bawah sofa untuk tidur,” kata wanita tersebut.
Disebabkan itu, wanita itu bertindak membuang sofa itu dan mengantikannya dengan meja dan kerusi besar dari IKEA. Perbuatan isterinya itu tidak menghalang aktivitinya sebagai seekor kumbang, malah lelaki itu meneruskan bersembunyi di bawah selimut tidur.
Sumber: Mirror UK