Siakap Keli
Gambar via @amy.does.some.hair

(Video) Mungkin Ramai Masih Tak Tahu, “Hairdresser“ Ini Tunjuk Cara Betul Nak Cuci Rambut

Rambut merupakan salah satu bahagian tubuh badan yang perlu dicuci sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Persoalan di sini, adakah anda sedar atau tidak yang selama ini anda cuci rambut dengan kaedah yang salah bahkan tidak bersih?

Disebabkan itu, seorang pendadan rambut di TikTok telah memuat naik rakaman video yang menunjukkan bagaimana cara mencuci rambut dengan betul. Sekiranya anda yakin yang anda melakukannya dengan betul, video tersebut mengandungi banyak manfaat dan petua berguna unuk anda.

Menurut akaun TikTok @amy.does.some.hair, terdapat beberapa kaedah yang tepat untuk memastikan rambut anda dicuci dengan bersih. Videonya telah meraih lebih 726.8 ribu tontonan dan 34.5 ribu tanda suka sejak dikongsi di TikTok.

Rakaman video tersebut, pendadan rambut ini menjelaskan cara mencuci rambut dengan betul bagi membasahkan rambut dan menyebarkan syampu ke seluruh kulit kepala dengan rata.

  1. Basahkan rambut anda dengan teliti dan cuci rambut menggunakan syampu ke seluruh kulit kepala anda secara serata termasuklah garis rambut di dahi dan leher.
  2. Bilas dan ulang semula langkah pertama dengan memberikan fokus kepada kulit kepala dan tarik buih syampu ke hujung rambut.
  3. Bilas dan sapukan perapi pada rambut dan elakkan perapi pada akar rambut. Biarkan selama satu atau dua minit sebelum dibilas.

Selamat mencuba semua!

@amy.does.some.hair

How to wash your hair like a pro #hairwashday #hairtips #hairtutorial #hairdresserreacts #haircare #fyp

♬ Saturday Night – Radio Edit – Whigfield

Sumber: amy.does.some.hair (tiktok)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia