Siakap Keli
Gambar : Google

Pernah Tak Anda Mengalami Perut ‘Cramp’ Semasa Berlari? 5 Sebab Ini Anda Perlu Tahu

Senaman yang paling disukai oleh orang ramai adalah berjoging dan berlari. Ia tidak memerlukan alatan yang khusus atau peraturan yang merumitkan. Senaman jenis ini hanya memerlukan kekuatan tenaga fizikal yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat yang cergas dan sihat. Selain itu, ramai lebih memilih senaman jenis ini kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira waktu sama ada siang ataupun malam.

Senaman berjoging atau berlari ini mampu memberikan anda kesihatan yang baik sekaligus menyihatkan kekuatan jantung anda. Namun begitu, mungkin ada sesetengah yang mengalami cramp di perut setelah beberapa jam berlari dan tidak boleh meneruskan larian atau joging seperti biasa. Walaupun anda telah panaskan badan sebelum memulakan joging atau larian, cramp di perut masih juga berlaku.

Justeru, ia akan mengambil masa dalam 2 atau 3 hari untuk pulihkan keadaan cramp di perut. Rasa sakit di bahagian perut akan menganggu mood seseorang untuk bersenam. Oleh itu, anda perlu tahu 5 faktor ini menyebabkan masalah cramp di perut boleh berlaku sewaktu anda berlari atau berjoging :

(1) Kadar oksigen

Ketika anda berlari, keseluruhan pada badan akan bergerak dan pergerakan yang paling banyak adalah kaki. Badan akan mengawal kadar pengaliran oksigen untuk diedarkan kepada seluruh otot. Lalu, oksigen yang diterima adalah untuk menghasilkan tenaga yang digunakan semasa anda berlari.

(2) Dehidrasi

Sewaktu berlari, anda menggunakan banyak tenaga dan boleh menyebabkan anda dehidrasi. Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan anda mengalami cramp di perut.

(3) Otot penat

Selain daripada badan yang penat, otot juga boleh mengalami kepenatan. Hal ini boleh berlaku jika anda berlari dengan jarak yang jauh dan tidak berhenti seketika. Keadaan ini akan menyebabkan otot abdominal anda menjadi penat dan cramp di perut.

(4) Sistem pencernaan

Sebelum melakukan larian atau joging, ramai yang memilih untuk mengambil makanan atau minuman yang berat sebelum melakukan senaman. Dalam tidak sedar, masih ramai yang melakukan hal ini kerana berfikir ia akan memberikan tenaga yang banyak. Tindakan tersebut sebenarnya akan menjejaskan sistem percernaan disebabkan makan dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, anda akan berasa sakit dan cramp di bahagian perut.

(5) Tekanan pada perut

Sewaktu anda berlari, pergerakan di dalam perut anda akan berlaga dengan organ-organ lain di dalam badan. Oleh itu, keadaan di perut akan mengalami regang sekaligus menyebabkan perut anda berasa sakit dan kejang.

Apa perlu buat jika mengalami cramp di perut secara tiba-tiba?

Jika cramp di perut berlaku sewaktu anda berlari atau berjoging, anda disarankan untuk berhenti seketika dan jangan teruskan larian. Dalam masa anda berhenti dan berehat seketika, ambil masa selama 2 atau 4 minit untuk tarik nafas dengan tenang bagi mendapatkan pernafasan yang teratur. Sedikit sebanyak ia akan membantu mengurangkan cramp yang berlaku secara tiba-tiba di bahagian perut.

Kesimpulan

Bersenam atau melakukan sebarang aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan sekaligus akan memberi kesihatan yang baik secara keseluruhan. Anda perlu dapatkan air yang cukup untuk mengelakkan  dehidrasi berlaku. Selain itu, anda juga perlu elakkan makan makanan yang berat dengan kuantiti yang banyak sebelum memulakan sesuatu senaman untuk mengelakkan masalah percencernaan. Namun, jangan lupa sebelum memulakan sesuatu senaman untuk panaskan badan dulu ya.

Selamat bersenam!

Sumber : hellodoktor

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.