Siakap Keli
gangguan air selangor
Kredit: Bernama, Air Selangor

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di 58 Kawasan Di Wilayah Klang, Shah Alam Dan 72 Kawasan Di Wilayah Petaling

Putrajaya, 29 Disember – Air Selangor sebentar tadi mengeluarkan notis gangguan bekalan air melibatkan 58 kawasan di daerah Klang dan Shah Alam serta 72 kawasan di Wilayah Petaling. Antara kawasan yang terlibat ialah Bandar Kinrara, Glenmarie, Pusat Bandar Puchong, Batu Tiga, Kg. Pendamar dan Teluk Pulai.

Dalam kemaskini tersebut, gangguan itu akan berlaku susulan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip utama yang pecah di Seksyen 15 Shah Alam.

Lantaran itu, Air Selangor akan menutup bekalan air pada 1 petang hari ini sehingga kerja-kerja pembaikan dijangka selesai pada jam 9 malam nanti.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” tulis kenyataan berkenaan. Justeru, orang ramai diingatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan berjimat sepanjang gangguan berlaku.

Untuk senarai penuh lokasi yang dijangka terlibat, rujuk sini.

Sumber: Air Selangor

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.