Siakap Keli

Ini 5 Warna Cat Yang Sesuai Anda Pilih Untuk Bilik Tidur

Salah satu ruangan yang harus diberi perhatian yang lebih di rumah adalah bilik tidur. Di dalam bilik tidur, ketenangan dan kenyamanan sangat diperlukan agar waktu rehat lebih berkualiti dan tenang. Salah satu cara untuk mendapatkan hal tersebut adalah dengan pemilihan warna cat dinding. Warna cat dapat mempengaruhi perasaan seseorang yang sedang berada di dalam ruangan tersebut.

Memetik artikel dari Martha Stewart, tahun 2021 yang tidak lama lagi akan membuka tirainya, terdapat warna cat yang akan mendominasikan atau menjadi trend yang dapat menjadi inspirasi untuk pemilihan warna cat dinding di dalam bilik seperti berikut:

1. Biru lembut/ biru laut

Bilik tidur berfungsi sebagai ruang bersantai dan beristirehat, untuk itu warna biru yang menenangkan akan di ramal akan menjadi trend warna 2021 di dalam bilik. Warna biru diinspirasikan dari warna langit yang menenangkan.

2. Kuning pucat

Jika menurut anda cat kuning terlalu cerah untuk bilik tidur, Andrea Magno, Pengarah Pemasaran dan Pengembangan Warna di Benjamin Moore, mengatakan untuk dipertimbangkan semula. “Warna bilik tidur memungkinkan anda  menzahirkan keperibadian warna dalam ruang, dan warna kuning cerah, adalah pilihan yang selesa untuk bilik tidur,” jelasnya.

3. Cream beige

Warna cream juga akan diramal menjadi warna trend pada tahun 2021 mendatang. Warna ini dapat membuat bilik tidur semakin selasa. Digandingkan dengan cat hitam  menjadi pilihan agar warna terlihat lebih moden. Dengan sedikit warna merah muda, warna cream ini dapat menjadi warna yang moden.

4. Hijau kebiruan

Untuk warna rona dengan keperibadian, O’Donnell menyarankan untuk mnegecat bilik tidur anda dengan warna hijau kebiruan yang ‘berasap’ pada tahun baru. “Hijau yang lebih biru, seperti asap hijau, memperkuat hubungan kita dengan alam semula jadi,” jelasnya. “Ini juga dapat membuat bilik tidur terasa lebih ringan dan lebih lapang, sementara juga ia memberikan perasaan tenang.” Sekiranya anda tidak dapat menggunakan warna hijau yang lebih dalam, Gibbons mengesyorkan warna kelabu dengan warna hijau. “Dingin sangat ringan dan tenang, tetapi masih memberikan sedikit warna hijau,” katanya.

5. Gray beige

Abadi kesan yang tersirat dari warna grey beige ini atau abu-abu cream. Warna trend yang mendatang ini akan dapat memberikan kesan indah di dalam bilik. Perpaduan antara abu-abu dan cream dapat meningkatkan perasaan nyaman di dalam bilik. Padukan warna abu-abu dan cream ini dengan warna dasar coklat tua.

Sumber- Martha Stewart

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.