Siakap Keli

Ini Info Tentang Virus Covid-19 Varian B.1.1.7 Yang Dikesan Di Beberapa Negara Termasuk Singapura

Seperti anda semua tahu, baru-baru ini pihak kesihatan di London, United Kingdom telah mengesan satu variasi baharu virus Covid-19 yang dikenali sebagai B.1.1.7 yang turut dikesan di beberapa negara lain termasuk Singapura.

Sehingga hari ini (29 Disember 2020), variasi baharu ini belum dikesan di Malaysia. Institute for Medical Research Malaysia (IMR) terus menjalankan ujian bagi mengesan virus ini dari semasa ke semasa.

Pada mulanya, variasi baharu ini dikesan di Kent dan London, United Kingdom. Terdapat mutasi pada protein pepaku yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel.

Variasi baharu ini telah didapati 70 peratus lebih mudah merebak berbanding varian yang lain. Ia juga lebih mudah menjangkiti kanak-kanak dan lebih tinggi beban virus.

Tambahan lagi, ia juga boleh mengurangkan pengesanan virus dalam ujian PCR. Tetapi, varian terbaharu ini tidak menjejaskan keberkesanan vaksin sedia ada.

Pandemik Covid-19 di Malaysia yang telah memasuki gelombang ketiga dan masih belum menunjukkan petanda untuk reda. Lebih 1,000 kes baharu direkodkan setiap hari dan jumlah kumulatif kes di Malaysia sudah melebihi angka 100,000.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sentiasa basuh tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman, pakai pelitup muka di tempat awam dan jaga jarak ketika berada di tempat yang sesak. Sama-sama untuk kita jaga kita.

Sumber: TheBMJ

Fotografik: KKM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)