Mungkin sewaktu kita masih kecil bersifat keanak-anakkan, kita disajikan dengan cerita dongeng dan lagenda seperti cerita Tarzan. Kehidupan Tarzan di hutan bersama dengan binatang-binatang liar membuatkan kita terfikir adakah itu cerita dongeng atau ia benar-benar berlaku secara realiti. Akan tetapi, cerita disebalik kehidupan Tarzan mempunyai sejarah yang ramai tidak ketahui.
Sebelum bermulanya sejarah Tarzan, satu novel fiksyen telah ditulis oleh Edgar Rice Burroughs yang bertajuk “Tarzan of The Apes” iaitu sekitar tahun 1912. Dalam novel tersebut mengisahkan tentang kehidupan Tarzan yang berasal dari keluarga bangsawan dari Britain yang telah ditinggalkan di pantai Afrika oleh perompak yang bersenjata. Tarzan telah ditinggalkan oleh ibu bapanya ketika dia masih kecil, kemudian ia dibesarkan oleh beberapa kera besar di hutan.
Menurut Edgar Rice Burroughs, Tarzan tinggal di tengah-tengah hutan bersama dengan binatang liar. Tarzan hanya satu-satunya manusia di hutan itu dan hanya berinterkasi dengan binatang-binatang liar menggunakan sistem undang-undang rimba.
Tarzan dibesarkan dari kecil di hutan dan dijaga bersama dengan kera-kera di hutan. Lama-kelamaan sikap dan perilaku Tarzan seakan-akan seperti kera tersebut. Namun begitu, Tarzan juga masih dilihat mempunyai sifat seperti manusia biasa memerlukan interaksi antara satu sama lain. Disebabkan itu dia cuba berkomunikasi dengan binatang lain di hutan selain kera dan boleh membuat keputusan untuk melantik binatang tersebut untuk menjadi pemimpin di hutan.
Perasaan tarzan tidak lari seperti manusia kerana dia boleh menangis, sedih, ketawa, marah dan banyak lagi. Tarzan dipercayai mempunyai hati kepada seorang wanita yang dikatakan memiliki kesetiaan yang lebih dari lelaki biasa.
Seperti yang dicerita oleh Edgar Rice Burroughs, Tarzan telah bertemu dengan seorang wanita cantik bernama Jane. Disebabkan perasaan kasih dan cinta Tarzan kepada Jane, Tarzan sanggup meninggalkan hutan untuk mencari Jane yang pulang ke negerinya. Tidak lama kemudian, Tarzan dan Jane berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Mereka yang menetap lama di Inggeris kemudian pindah ke Afrika tempat asal usul Tarzan dahulu disebabkan dia tidak suka dengan sikap buruk yang dilakukan oleh penduduk Inggeris terhadap keluarganya.
Disebalik kisah di dalam novel yang ditulis oleh Edgar Rice Burroughs jelas menceritakan kisah Tarzan yang hanya dibesarkan di hutan bersama dengan kera dan binatang liar di mana tidak ada satu manusia pun yang ada di situ. Jika difikirkan semula, mungkin kisah Tarzan ini adalah satu gambaran yang digambarkan oleh penulis.
Namun, tanpa disedari mungkin kisah disebalik cerita ini mengandungi makna dan pengajaran kepada manusia iaitu manusia tidak boleh hidup bersendiri dan saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun Tarzan dibesarkan di hutan dari kecil, dia masih memerlukan kasih sayang seasama manusia dan juga jantina yang lain.
Sehingga kini, kisah Tarzan menjadi kesukaan kanak-kanak dan ceritanya telah dibuat satu filem iaitu “The Legend of Tarzan” yang diceritakan mengikut kisah benar seperti dalam novel Edgar Rice Burroughs.
Rujukan
(1) Jenn Ficarra (2016) This ‘Legend Of Tarzan’ Fact Will Surprise You. Sumber dipetik daripada https://www.bustle.com/articles/169419-is-the-legend-of-tarzan-based-on-a-true-story-the-answer-might-surprise-you
(2) Roi Rahmat (2012) Tarzan dan Kabar Makhluk Sosial. Sumber dipetik daripada https://www.kompasiana.com/roirahmat/550ef125813311bb2cbc66d4/tarzan-dan-kabar-makhluk-sosial