“Rumah? Kami tiada rumah. Hidup kami hanya di jalanan, makan kami tak menentu. Kami tahu, kami hanya kucing buangan.
“Apalah nasib kami…Kalaulah ada tempat tinggal…”
Andai kata kucing jalanan tidak berumah dan tidak bertuan bisa berbicara, mungkin kalimat-kalimat di ataslah yang diluahkan. Malangnya, apa yang didengari di telinga kita, cuma ‘meow, meow, meow’ sahaja.
Takde siapa mahu dilahirkan dalam serba kekurangan, samalah seperti kucing. Ia tak minta dihadirkan di dunia sebagai kucing kurap dan jalanan mungkin sebagai manusia tak salah jika kita memberi sedikit kepada yang memerlukan.

Ada yang dibuang oleh tuan terdahulu, ada juga anak kucing yang tak bernasib baik sejak lahir lagi dari perut ibu yang sudah lama tidak bertuan.
Kadang-kadang ditemui di tepi jalan, nasib malang ada yang mati digilis. Datang menagih makanan di kedai, untung badan dapatlah merasa sedikit sisa, itu pun kalau tak ditendang dari awal.
Kucing-kucing jalanan ini biasa ditemui merayau di kaki lima-kaki lima kedai, adakalanya dalam keadaan menyedihkan. Luka, berkurap atau pun berkutu. Sudahlah tidak berumah, badannya pula menjadi ‘singgahsana’ makhluk parasit. Malah, hayat kucing jalanan ini pun biasanya tidak lama, disebabkan banyak getir yang perlu ditempuhi untuk meneruskan hidup.
Jadi, kita sebagai manusia, kenalah buat sesuatu.
Royal Canin baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Petfinder.my, portal atas talian terbesar di Malaysia yang menfokuskan kepada kebajikan haiwan terbiar bagi melancarkan kempen Royal Canin- Adopt to Save A Life.
Tujuan kempen ini sebenarnya adalah untuk menggalakkan orang ramai ‘adopt’ haiwan-haiwan tidak berumah dan tidak bertuan yang ada di Petfinder.my. Selain itu, kempen ini juga untuk mendedahkan orang ramai dari awal dengan keadaan kucing-kucing jalanan ini.
Bukan itu je, program Free Starter Pack juga dilancarkan sebagai bonus kepada pencinta-pencinta haiwan yang menyertai kempen dianjurkan oleh Royal Canin dan Petfinder.my ini.
Program Free Starter Pack sebenarnya adalah usaha murni daripada Royal Canin, sebagai bantuan awal kepada anda sebagai pemilik menyesuaikan kucing-kucing yang baru dibela di rumah anda.
Paling best, melalui Program Free Starter Pack ini, anda akan diberi mangkuk makanan, satu cawan sukatan makanan, baucar diskaun produk Royal Canin di Shopee, buku panduan untuk pemilik haiwan dan satu beg makanan haiwan Royal Canin. Semuanya adalah PERCUMA.
Apa yang korang kena buat, korang cuma pergi ke portal Petfinder.my untuk adopt mana-mana kucing tidak bertuan yang dikongsikan di portal berkenaan.
Kemudian korang boleh baca terma dan syarat-syarat disini untuk membolehkan korang mendapatkan Free Starter Pack.
Dengan situasi semasa COVID-19, jumlah kucing buangan semakin bertambah selain kucing jalanan sedia ada sukar mencari makanan disebabkan waktu operasi kedai makan yang dipendekkan.
Kurangnya maklumat ini hingga ada yang percaya bahawa COVID-19 boleh menjangkiti manusia melalui kucing mungkin menjadi antara salah satu sebab bertambahnya bilangan kucing jalanan ketika ini.
Orang cakap bela kucing murah rezeki dan manusia mudah jatuh sayang pada kita. Kadang-kadang betul juga apa cakap orang, logiknya, jika kita buat baik dengan binatang, binatang ini akan berdoa kepada Allah supaya memberikan kebaikan kepada kita.
Jadi dengan adanya kempen dianjurkan oleh Royal Canin ini, semoga nasib kucing-kucing tidak bertuan dan tidak berumah di luar sana semakin terbela.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web, instagram dan facebook Royal Canin.