Ketiak gatal adalah masalah kesihatan yang cukup mengganggu. Apabila rasa gatal berulang, muncul keinginan kuat untuk menggaru di bahagian lipatan kulit ini. Seketika setelah menggaru, bahagian tubuh ini terasa nyaman sementara dan rasa gatal hilang. Namun, keadaan ini tidak berterusan lama dan rasa gatal akan kembali menyerang.
Berikut penjelasan lebih lanjut terkait penyebab ketiak gatal dan cara mengatasinya.
Penyebab ketiak gatal
Penyebab ketiak gatal dapat berpunca dari beberapa hal seperti kerengsaan dan jangkitan. Berikut beberapa di antaranya:
Alergik
Dipetik dari Emedihealth, dermatitis kontak menyebabkan kemerahan kulit, gatal dan ruam. Masalah kulit ini muncul kerana reaksi alergik terhadap alergen yang bersentuhan terus dengan kulit ketiak. Dermatitis kontak dapat disebabkan oleh alergik pada deodorant, sabun, losyen, detergen dan juga pelembut pakaian.
Eksima
Alasan kenapa ketiak gatal terkadang disebabkanoleh eksima atau peradangan kronik kerana kulit bereaksi terhadap suatu rangsangan. Eksima kronik dapat disebabkan oleh perubahan suhu ekstrem, peluh berlebih dan stresa. Gejala eksima berbeza-beza bergantung usia dan keadaan fizikal. Umumnya tanda penyakit ini seperti ketiak sangat gatal, kulit kering dan bersisik.
Folikulitis
Folikulitis adalah peradangan pada folikel rambut. Folikel rambut yang meradang ini dapat merengsang hingga boleh dijangkiti kuman. Keadaan ini rentan menyerang seseorang yang senang berpeluh di bahagian ketiak yang berlebihan, tabiat mencukur dengan cara yang salah dan juga kesan sampingan penggunaan deodorant. Gejala folikulitis melibatkan ketiak adalah jetiak gatal, muncul benjolan merah dan terluka.
Ruam panas
Kulit ketiak juga boleh mengalami kegatalan jika mengalami ruam kerana kepanasan atau peluh yang terlalu banyak. Gejala ruam kepanasan atau miliaria di ketiak ini antarnya ialah gatal, benjolan kecil dan kulit jadi menggerutu. Jenis ruam ini umumnya muncul ketika musim panas, cuaca sangat panas dan lembab atau sedang mengerjakan aktiviti fiszikal yang berat.
Peradangan di lipatan kulit
Intertrigo atau peradangan di area lipatan kulit rentan menyerang area ketiak, kelengkang dan bahagian bawah payudara wanita. Peradangan ini disebabkan geseran antara kulit di area lipatan yang membuat kulit lembab. Selain itu, penyebab ketiak gatal berkait dengan peradangan ini juga berpunca dari jangkitan bakteria dan kulat. Gejala penyakit kulit ini iaitu gatal di ketiak, kulit kemerahan, terasa lembab dan peluh berbau.
Cara mengatasi ketiak gatal
Ada beberapa cara menghilangkan gatal di ketiak yang boleh dilakukan di rumah, antaranya:
- Ganti deodorant, detergen, sabun dan produk perawatan yang berkait dengan ketiak dan menggunakan bahan bebas pewangi.
- Jangan mencukur bulu hingga gatal di ketiak sembuh, jika sudah tidak terasa gatal, cukur bulu ketiak dengan pisau yang steril dan baru.
- Tungku area ketiak yang gatal dengan ais batu yang dibungkus tuala.
- Sapukan lidah buaya atau losyen calamin.
- Gunakan bedak antigeresan.
- Elakkan menggunakan pakaian ketat, terutama di area ketiak.
- Bersihkan ketiak setiap berpeluh secara berlebihan.
- Jangan menggaru di bahagian ketiak yang gatal.
Jika berbagai cara mengatasi ketiak gatal di atas sudah dicuba dan penyakit belum sembuh, segera dapatkan nasihat doktor. Dipetik dari artikel NHS, doktor umumnya akan memberikan ubat, losyen atau salap khusus untuk mengatasi ketiak gatal sesuai penyebabnya. Selain penyebab ketiak gatal di atas, masalah kesihatan ini kadang kala boleh jadi tanda penyakit tiroid, hati atau ginjal.
Sumber- Emedihealth