Siakap Keli
Gambar : Google

Sering Nangis Tanpa Sebab Petanda Anda Mengalami ‘Hypophrenia’, Ketahui Punca Awal Penyakit Ini Berlaku

Menangis merupakan satu perasaan yang pernah dilakukan oleh semua bagi meluahkan rasa sedih, pilu dan terkilan. Namun ada juga yang menangis bukan kerana perasaan sedih, tetapi perasaan yang menggembirakan atau terharu dengan sesuatu. Pernah tak anda melihat seseorang yang menangis tanpa sebab? Atau anda pernah mengalami situasi seperti berikut? Situasi ini kadangkala tidak mengikut mood yang sedih sahaja, malah ia boleh terjadi apabila mood anda dalam keadaan baik.

Jika anda sering mengalami perasaan menangis tanpa sebab mungkin anda mengalami Hypophrenia. Istilah penyakit ini mungkin jarang di dengar namun penyakit ini memberi risiko yang bahaya jika ianya berterusan.

Apa itu Hypophrenia?

Hypophrenia merupakan perasaan dan emosi manusia yang memberi tindak balas terhadap sesuatu keadaan yang pernah menimpa dirinya. Perasaan yang dialami ini mungkin menjadi tidak normal kepada seseorang kerana mereka akan tiba-tiba menangis tanpa mempunyai alasan dan sebab tersendiri.

Bagi mereka yang sering mengalami Hypophrenia, mungkin akan membawa kesan yang buruk kepada kesihatan, pekerjaan, hubungan dengan ahli keluarga dan orang ramai.

Mengikut pakar kesihatan, menangis secara tiba-tiba boleh mendatangkan masalah kesihatan fizikal dan mental jika ianya tidak dirawat dan berterusan berlaku.

Mengapa Hypophrenia berlaku?

(1) Sentiasa memikirkan masalah yang besar

Seseorang yang sentiasa memikirkan masalah yang berlaku dalam hidupnya akan menyebabkan mereka akan terus berfikir tanpa henti sehingga tidak jumpa jalan penyelesaian. Hal ini akan membuatkan kesihatan badan berasa penat dan lemah menjadikan kita sukar untuk berehat dan tidur pada waktu malam. Justeru, ini yang menyebabkan  seseorang berasa sedih dan menangis tanpa sebab kerana terlalu memikirkan masalah dalam kehidupan.

(2) Mengalami stress

Ramai diantara kita mengalami stress di tempat kerja, rumah dan universiti. Stress yang melampau dan tidak terkawal menyebabkan seseorang akan mudah berasa sedih lalu menangis apabila duduk secara bersendirian. Semakin tinggi tahap kesedihan dan kecemasan yang dialami, semakin cepat seseorang akan mudah menangis secara tiba-tiba.

Gambar : Google

(3) Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)

PSTD merupakan keadaan sesebuah mental seseorang yang mengalami serangan secara mengejut oleh trauma dan kenangan masa lalu. Ia banyak dialami oleh kaum wanita berbanding lelaki. Hal ini kerana wanita mudah mengingati perkara yang pernah terjadi dalam hidupnya walaupun 10 tahun yang lalu. Kebanyakan wanita juga mempunyai satu sifat yang sensitif di mana mereka lebih peka kepada keadaan sekeliling dan kisah hidupnya yang lalu.

Gambar : Google

(4) Organic Brain Syndrome (OBS)

OBS merupakan gangguan fizikal yang menyebabkan keadaan mental seseorang tidak dapat berfungsi dengan baik. Kebiasaannya OBS ini berlaku kepada warga emas. Hal ini kerana warga emas sukar untuk mengingati perkara-perkara lepas sehingga menyebabkan perubahan gangguan kepada mental. Oleh itu, mereka akan mudah menangis secara tiba-tiba kerana tidak pasti apa yang difikirkan.

Gambar : Google

(5) Kedatangan haid

Keadaan ini terjadi di kalangan kaum wanita. Sebelum mereka mengalami haid, mereka akan berasa sakit di beberapa bahagian tempat seperti di perut, pinggang dan pinggul. Mereka akan mudah berasa sedih dan nangis secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya.  Hal ini mungkin juga terjadi disebabkan perubahan hormon, sakit perut dan sakit kepala yang dialami sepanjang kedatangan haid.

Bagaimana mengatasi perasaan menangis secara tiba-tiba?

Perasaan sedih dan sering menangis tidak perlu ditanggung berseorangan. Hal ini kerana kita boleh berkongsi masalah bersama adik-beradik, ibu bapa dan rakan-rakan sebaya. Anda boleh meluahkan segala rasa yang tersimpan di hati dengan berbincang dan menyelesaikan masalah secara bersama. Jika anda tidak selesa untuk berkongsi masalah dengan ahli keluarga, anda boleh berjumpa dengan pakar psikologi atau kaunseling. Mereka akan cuba mendengar masalah anda sekaligus memberi nasihat yang berguna kepada anda.

Selain itu, anda perlu terima dengan ikhlas perkara yang menyebabkan anda sedih. Sebagai contohnya jika hal-hal kematian menyebabkan anda sedih nak murung, anda perlu redha dengan pemergian tersebut dan mendoakan si mati. Kesedihan yang menyebabkan anda sering menangis secara tiba-tiba dapat dikawal jika anda mampu kuatkan hati dan tidak terlalu mengikut perasaan.

Justeru, sering menangis secara tiba-tiba tidak akan memberi apa-apa kebaikan dalam diri anda. Mungkin anda perlu berbalik kepada Pencipta dengan perbanyakkan berdoa dan melakukan amal-amal kebaikan. Hal ini bukan sahaja memberi ketenangan malah anda boleh muhasabah diri supaya menjadi lebih baik dan kuat.

Sumber : halodoc.com

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.