Siakap Keli

(Video) “It’s Not Exam,” Ahli Terapi Tunjuk Cara Yang Betul Ajar Anak ‘Speech Delay’ Bercakap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila bercakap tentang perkembangan anak-anak, mesti perkara utama yang ibu-ibu risau adalah masalah speech delay kanYa, ibu mana yang tak risau kalau anak ada masalah. Nampaknya, para ibu bapa kena tahu perkara yang penting untuk membantu mengatasi masalah ini.

paling penting adalah cara untuk berkomunikasi dengan anak-anak ini. Perlu lebih fokus untuk setiap percakapan dengan mereka. Hal ini demikian kerana, mungkin ada sesetengah ibu bapa melakukan cara yang salah seperti dalam keadaan yang memaksa.

Jadi, seorang Ahli Terapi kanak-kanak, Puan Zuraida Shahime berkongsi cara mudah untuk anak-anak cepat belajar dan bercakap menerusi laman TikToknya.

Jangan ajar anak bercakap cara macam ni. It’s not an exam!

@zuraida.shahime

Jangan ajar anak bercakap cara macam ni. It’s not an exam!

♬ Figurinha – Ao Vivo – Douglas & Vinicius

Tetapi, ajarlah cara yang lebih tepat iaitu dengan memberi stimulasi. Iaitu bercakap dengan mudah untuk faham dan objektifnya disebut berulang kali, jelasnya.

@zuraida.shahime

Reply to @lalalame__ Ini caranya. #speechtherapy #tiktokmalaysia #rizaloptometris #fyp #foryou #tiktokguru

♬ original sound – Zuraida Shahime – Zuraida Shahime

Tambahnya lagi, jika ingin mengajar anak mengeja dan mengira, boleh gunakan cara seperti bermain game. Contoh paling dekat adalah teka perkataan, sambung bunyi atau teka silang kata. Bahkan, anak-anak yang berusia bawah empat tahun lebih cenderong untuk mengikut apa sahaja yang si ayah buat.

Semoga lebih ramai para ibu bapa yang muda-muda boleh praktikkan.

 

Sumber: Zuraida Shahime

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang