Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Pendaki Berdepan Detik Cemas, Dilapor Jatuh Lebih 100 Kaki Dari Tebing Dan ‘Terdampar’ Selama 5 Jam Sebelum Diselamatkan

Seorang pendaki berjaya diselamatkan selepas terjatuh lebih dari 100 kaki dan mendarat di tebing berhampiran pangkalan Ensign Peak di Salt Lake City di mana dia terperangkap di situ selama lima jam, Daily Mail.

Lelaki yang berusia 29 tahun itu telah mendaki di laluan Hell Canyon yang berhampiran Victory Road, Utah dan dilaporkan telah terjatuh ke tebing di atas kuari batu pada Ahad lalu.

Lelaki tersebut, yang cedera pada pada bahagian kaki dan pelvisnya susulan daripada insiden terbabit telah kehilangan telefon bimbitnya semasa terjatuh.

Dia hanya berjaya diselamatkan selepas orang mendengar lelaki itu menjerit pada pukul 9.30 pagi sebelum mereka mencari bantuan.

Kapten Tony Stowe dari Balai Bomba Salt Lake City menyatakan bahawa lelaki itu telah keluar pada sekitar jam 4 pagi. Dengan menggunakan lampu suluhnya, dia telah berjaya menarik perhatian sekumpulan orang yang berada berhampiran untuk membantunya.

Balai Bomba Salt Lake City menerusi klip yang disiarkan di Twitter mereka memaparkan krew kecemasan menurunkan lelaki itu ke tempat selamat dengan kapsyen: “Pagi ini pasukan penyelamat kami telah menyelamatkan seorang pendaki lelaki berusia 29 tahun.

“Dia mengalami kecederaan pada pelvis serta kakinya. Selepas kehilangan telefon bimbitnya dia telah terperangkap di gunung itu selama lebih 5 jam sebelum talian 911 dihubungi.”

Lelaki tersebut dilaporkan telah dibawa ke hospital dan identitinya masih belum dimaklumkan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right