Siakap Keli
Kredit: Mirror UK

Wanita Baru Lahirkan Anak Dilaporkan Meninggal Dunia Sebelum Sempat Pegang Bayinya Kerana Hidap COVID-19

Seorang ibu muda di California tidak sempat memegang bayinya selepas wanita itu meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19, lapor Mirror UK.

Lapor portal itu, Vanessa Cardenas Gonzalez, 33 mula jatuh sakit pada awal November lalu ketika berada di fasa akhir kehamilan. Mangsa kemudiannya disahkan positif COVID-19 beberapa hari kemudiannya.

Pada 9 November, Vanessa telah selamat melahirkan anak perempuan pertamanya, Heaven sebelum kedua-duanya dibenarkan untuk discaj. Bagaimanapun, berikutan dirinya masih positif virus itu, wanita itu kemudiannya diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri. Susulan itu, dia tidak dibenarkan untuk memegang bayi berkenaan sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Dia kecewa, hancur. Saya akan tunjukkan bayi melalui FaceTime dan ia akan membuatkannya sedih. Dia kecewa kerana dia hanya mahu memegang bayi itu,” kata suami, Alfonso seperti dipetik akhbar.

Katanya, dia memberitahu isterinya agar tidak risau dan meyakini wanita itu bakal mampu melawan COVID-19. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi keluarga berkenaan apabila wanita itu mengalami serangan jantung 48 jam selepas melahirkan bayinya.

Ibu kepada tiga anak itu (dua lelaki satu perempuan) kembali ke hospital pada 11 November lalu dan meninggal dunia pada 14 Disember selepas lebih sebulan bertarung nyawa.

Berikutan itu, suami mangsa mengingatkan orang ramai agar mengambil serius penyakit ini serta berhati-hati daripada terjangkiti virus ini dan menjangkiti orang lain. Alfonso yang kini membesarkan ketiga-tiga anaknya sendiri merancang untuk menyimpan barangan peribadi isterinya dan menyerahkannya kepada Heaven apabila dewasa.

Kredit: Mirror UK

Sumber: Mirror UK

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.