Siakap Keli

4 Sebab Memanggang Adalah Teknik Memasak Yang Lebih Sihat Daripada Menggoreng

Untuk menyajikan makanan, terdapat banyak teknik memasak yang boleh dimanfaatkan. Antaranya anda boleh mengolah makanan dengan cara merebus, mengukus, menggoreng atau memanggang. Jika anda ingin membuat tekstur makanan lebih rengup, menggoreng dan memanggang adalah pilihan terbaik untuk dilakukan.

Tapi, di antara dua teknik memasak tersebut, sebenarnya mana yang lebih sihat untuk diterapkan? Merangkum Health Line, dari segi rasa, mungkin sangat sukar untuk menentukan jawapan yang mana lebih sedap dan lazat sama ada digoreng atau dipanggang. Baik makanan yang digoreng mahupun yang dipanggang kedua-duanya mempunyai rasa keistimewaan masing-masing. Tapi dari segi manfaat kesihatan, teknik memasak dengan teknik memanggang secara umum memiliki kelebihan dibandingkan menggoreng. Berikut sebab mengapa memanggang lebih baik daripada menggoreng:

1. Makanan yang digoreng menyerap lebih banyak minyak

Hal ini berlaku meskipun pada makanan rendah lemak. Akibatnya, makan terlalu banyak makanan yang digoreng boleh menyebabkan berat badan naik mendadak. Makanan yang digoreng juga berisiko mencegah kelancaran aliran darah kerana lemak yang dibawa akan menyebabkan saluran darah tersumbat.

2. Makanan mempertahankan lebih banyak vitamin saat dipanggang

Tidak menjadi masalah jika anda memanggang daging atau sayuran. Makanan ini akan mampu mempertahankan sebahagian besar vitaminnya saat dipanggang atau dibakar. Riboflavin dan tiamin adalah vitamin penting yang dapat ditemui dalam daging dan dikekalkan jika daging dipanggang, bukan digoreng.

3. Makanan panggang mengandungi lemak sedikit

Ketika makanan dipanggang, lemak diekstrak dari daging. Maksudnya, memanggang makanan justeru dapat mengurangkan minyak yang terkandung dalam bahan makanan yang sedang diolah. Memanggang akan membuat lemak dari makanan mencair dan mennitis ke bawah. Jadi, masak dengan menggunakan teknik memanggang dapat mengurangkan kalori makanan, bertentangan dengan menggoreng. Oleh itu, jika anda tidak ingin mengambil makanan yang banyak lemak, sangat disarankan untuk memilih makanan yang dipanggang.

4. Lebih ramah gigi dan gusi

Manfaat ini boleh dicapai kerana memanggang membantu membuat daging, sebagai bahan makanan yang kerap dibakar  menjadi lebih empuk. Anda boleh mencapai tingkat kelembutan yang tinggi dengan memanggang daging.

Ulasan

Meski memanggang cenderung lebih sihat daripada menggoreng dalam mengolah makanan, anda tetap harus memerhatikan caranya dengan betul. Di mana, memanggang makanan terlalu lama dalam suhu yang terlalu panas dapat mencetus pembentukan beberapa sebatian yang berpotensi menyebabkan penyakit kanser, iaitu polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) dan heterocyclic amines (HCAs). Memetik kenyataan dari artikel WebMD, PAHs terbentuk ketika lemak dari daging menitis di atas bara api atau elemen pemanggang.

Sbaitian tersebut bersifat karsinogenik ini kemudian diserap oleh makanan oleh kerana nyalaan api dan asap yang mengepul. Sayangnya, panggangan yang terbentuk pada daging itu boleh mengandungi PAH juga. Sementara itu, HCA dihasilakn ketika daging merah, unggas dan ikan bertemu dengan proses memasak dengan suhu panas tinggi, seperti memanggang atau membakar.

Untuk mengelakkan risiko paparan sebatian tersebut, ada baiknya anda memanaskan dahulu bahan makanan di microwave atau rendam dalam air panas selama beberapa minit sebelum dipanggang. Anda juga boleh memilih bahan makanan yang lebih cepat matang atau memotong makanan tersebut jadi potongan yang lebi kecil supaya lebih cepat matang dalam suhu lebih rendah. Jangan ketinggalan, bahan makanan perlu kerapa dibolak-balik untuk mengelak dari hangus.

Sumber- Kompas.com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.