Siakap Keli
Gambar via The Sun UK

Bangkai Badak Berbulu Sudah Pupus Dipercayai Berusia 50,000 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Hampir Sempurna

RUSIA – Para saintis menemukan bangkai seekor bangkai badak sumbu berbulu prasejarah yang dipercayai berusia 50,000 tahun dan dalam keadaan 80 peratus sempurna di daerah Abyisky Yakutia di Rusia.

Menurut laporan, ia ditemui berhampiran kawasan bangkai seekor anak badak sumbu berbulu yang bernama Sasha yang dijumpai pada tahun 2014. Malah, bangkai dua ekor anak singa yang pupus turut ditemui di kawasan yang sama tahun lalu.

Selain itu, bukti makanan terakhir badak sumbu berbulu tersebut didapati masih berada di dalam perut haiwan berkenaan.

“Menurut pemerhatian, haiwan berkenaan dianggarkan berusia tiga atau empat tahun dan ia merupakan badak sumbu berbulu yang masih kecil.

“Kemungkinan besar, haiwan tersebut didapati lemas di sungai kerana bangkainya masih terpelihara dengan baik.

“Antara sebab lain, sebahagian organ dalamannya juga masih terpelihara. Ia membolehkan para penyelidik membuat kajian dengan lebih terperinci bagaimana cara pemakanan dan kehidupan badak sumbu berbulu itu,” kata Saintis Dr Albert Protopopov.

Walau begitu, jantina haiwan berkenaan masih belum dinyatakan tetapi tanduknya ditemui berhampiran dengan bangkai tersebut. Bahkan, penemuan tersebut didakwa bakal dipamerkan kepada komuniti saintifik di Yakutsk.

Sumber: The Sun

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.