Ginjal adalah organ penting dalam tubuh badan manusia dan berfungsi menyaringkan cecair dan membuang racun toksin dari badan. Apabila kegagalan buah pinggang berlaku, tubuh kehilangan keupayaannya untuk menyaring cecair dan membuang sisa di dalamnya. Pelbagai faktor boleh mencetuskan kegagalan buah pinggang.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsikan melalui akaun Facebook mereka tentang simptom-simptom kegagalan buah pinggang yang perlu diberi perhatian oleh semua orang.
1. Hilang selera makan, rasa loya dan muntah.
2. Bengkak pada kaki.
3. Bengkak di sekeliling mata terutama waktu pagi.
4. Mudah hilang fokus.
5. Kekejangan otot pada waktu malam.
6. Tekanan darah tinggi.
7. Air kencing berdarah atau berbuih.
8. Kerap berasa letih dan tidak bertenaga.
9. Kerap kencing terutama waktu malam.
10. Kulit kering dan gatal.
15% rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat. Kebanyakan mereka hanya mengetahui…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, December 29, 2020
Sumber : KKM