Siakap Keli
Gambar : Google

Bersedia Untuk Sambut Tahun Baru? Ikut Tips Ini Untuk Kekal Selamat Berdepan Dengan Situasi Covid-19

Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum masuk tahun baru 2021. Tahun 2020 benar-benar meninggalkan banyak kesan dan kenangan yang sukar untuk dilupakan. Mungkin menjadi tahun yang agak mencabar kerana negara kita dilanda satu penyakit yang besar iaitu Covid-19. Namun begitu, penyakit yang sedang melanda sekarang tidak bermakna sambutan tahun baru perlu dihentikan atau tidak boleh disambut.

Ramai di kalangan masyarakat sudah membuat persediaan untuk menyambut tahun baru. Namun, di samping kita bergembira dalam menyambut tahun baru, anda perlu patuhi SOP seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jangan berseronok hingga lalai dan tidak patuh arahan yang diberi, silap hari mungkin keseronokan bertukar menjadi kesedihan.

Walaupun keadaan Covid-19 masih terkawal di negara kita, keselamatan tetap perlu dijaga. Berikut merupakan cara untuk kekal selamat sempena sambutan tahun baru dalam musim pendemik Covid-19 :

Gambar : Google

(1) Sentiasa basuh tangan

Perkara paling penting ketika anda berada di kawasan orang ramai ialah kerap basuh tangan. Anda perlu pastikan setelah berjumpa atau berselisih dengan orang ramai untuk cuci tangan dengan sabun hingga bersih. Kadangkala mungkin terdapat sesetengah orang disekeliling mengalami batuk atau selsema dan membuatkan kita mudah dijangkiti kuman tanpa sedar.

Walaubagaimanapun, anda juga perlu pastikan sentiasa membawa hand santizer setiap kali anda berada di luar. Ini sebagai langkah sekiranya tandas umum tidak menyediakan sabun. Hand sanitizer yang mengandungi 60% alkohol sudah cukup untuk pastikan tangan anda kekal bersih dan selamat.

Gambar : Google

(2) Pakai pelitup muka

Sambutan tahun baru sememangnya berdepan dengan orang ramai. Walaupun penyakit ini berpeluang untuk berjangkit, anda perlu cegah dengan cepat iaitu dengan pakai pelitup muka. Pakai pelitup muka yang disarankan oleh pihak kerajaan dan bukan jenis kain yang nipis. Ketidakpatuhan anda memakai pelitup muka jenis yang lain akan mengundang wabak ini berlaku.

(3) Sambut di rumah

Tempat yang sememangnya selamat untuk menyambut tahun baru adalah di rumah. Anda boleh meraikan dengan ahli keluarga, adik-beradik dan jiran tetangga. Namun, anda perlu menghadkan jumlah bilangan iaitu tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah untuk mengelakkan wabak penyakit ini berlaku.

Pegawai kesihatan menyarankan supaya menyambut tahun baru di rumah untuk mengurangkan risiko virus ini daripada merebak.  Bagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 tidak dibenarkan untuk sambut tahun baru di luar kerana risiko berjangkit sangat tinggi.

Jika ada rakan-rakan yang mengajak anda untuk berkumpul di tempat orang ramai, fikirkan dahulu keselamatan anda. Sebaiknya elakkan dan berkumpul di rumah adalah cara terbaik.

Antara tips lain yang lebih selamat untuk menyambut tahun baru :

a. Menghadiri konsert atau persembahan secara online.

b. Rancang untuk kira detik waktu masuk tahun baru bersama rakan-rakan melalui media sosial seperti video call atau mesengger.

c. Nikmati makan malam bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, yang jauh tidak perlu berkumpul. Hanya secara online.

d. Buat hiasan yang menarik dalam rumah, mainkan muzik dan buat aktiviti yang menyeronokkan.

e. Menonton wayang bersama-sama di rumah atau bermain permainan supaya lebih menggembirakan.

f. Rancang untuk masak menu istimewa bersama ahli keluarga.

g. Beri ucapan “Selamat Tahun Baru” kepada keluarga yang jauh, jiran-jiran, kenalan rapat melalui WhatsApps call, Instagram story dan sebagainya.

Kesimpulan

Sambutan tahun baru yang diadakan perlu bersederhana dan elakkan berkumpul di tempat orang ramai. Jika anda ingin menyambut tahun baru di kawasan luar, pastikan ikut tips seperti di atas. Penularan wabak penyakit ini bergantung kepada anda. Patuhi SOP seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Bantu negara untuk menghentikan virus ini daripada terus merebak.

Selamat tahun baru!

Sumber : wusa9.com