Seorang lelaki bersama anaknya menjadi salah seorang suspek pemerkosaan seorang gadis 14 tahun di Bengkulu, Indonesia.
Menurut Tribun News, kejadian itu terbongkar apabila ibu mangsa mencari anaknya yang didakwa hilang seharian sebelum wanita itu pergi ke rumah salah seorang pelaku.
Setibanya wanita itu di rumah suspek, keluarga suspek mendakwa gadis itu telah diperkosa lelaki berkenaan, tulis portal itu. Si ibu kemudiannya bertanya sendiri kepada mangsa yang mengaku telah diberikan pil anjing gila sehingga pengsan sebelum diperkosa keempat-empat suspek.
Mangsa juga mendakwa mengalami rasa sakit ketika membuang air kecil selepas kejadian itu, lapor Tribun News.
Susulan itu, keluarga mangsa telah melaporkan jenayah itu kepada pihak polis, membawa kepada penahanan empat pelaku masing-masing berusia 42, 16, 20 dan 18 tahun semalam (29/12/2020).
Selain empat pelaku, polis turut memburu seorang muncikari berusia 17 tahun.
“Dua pelaku antaranya adalah ayah dan anak kandung bersama dua pelaku lain. Kami juga memburu seorang muncikari,” kata wakil pihak polis tempatan melalui Kompas.com.’
Polis turut merampas bahan bukti berupa bantal peluk, cadar dan pakaian mangsa.
Sumber: Tribun News