Siakap Keli
Gambar via insurethebox.com

JPJ Kongsikan Gejala ‘Microsleep’ Dan Cara Pencegahan Yang Boleh Dilakukan

Secara umumnya, microsleep merupakan keadaan dimana seseorang tidak menyedari dirinya telah tertidur beberapa saat. Lebih pastinya, microsleep terjadi pada orang yang sedang menahan rasa mengantuk dan sering terjadi kepada mereka yang memandu dalam perjalanan jauh dan waktu yang lama.

Menerusi laman Twitter rasmi, JPJ berkongsikan gejala microsleep dan cara pencegahan.

Jika anda mula ada gejala ini :-

1. Kelopak mata kuyu.
2. Tersengguk-sengguk.
3. Menguap berulang kali.
4. Mata terkebil-kebil.
5. Tersasar dari lorong.
6. Pandangan mengelamun.

Cara pencegahan.

1. Jangan memandu ketika mengantuk.
2. Berhenti seketika untuk tidur 20 minit.
3. Mendengar radio.
4. Makan vitamin/gula-gula.
5. Rehat yang cukup.
6. Tubuh badan digerakkan.

Sumber : JPJ Malaysia

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.