Siakap Keli
Gambar via Tribun News

Menyayat Hati, Tiga Kanak-kanak Maut Dalam Kebakaran Rumah, Dipercayai Ditinggal Ibu Yang Keluar Ke Parti Mabuk

BRAZIL – Tiga anak kecil dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran ngeri di sebuah rumah di Rio Branco kerana dikurung oleh ibu mereka yang mahu pergi ke pesta minuman keras. Dikatakan, kanak-kanak yang terlibat dalam kebakaran tersebut berusia empat tahun, dua tahun dan juga lapan bulan.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 19 Disember yang lalu apabila jiran tetangga mendengar jeritan mangsa namun mereka gagal diselamatkan kerana rumah tersebut dikunci oleh ibu mereka. Disebabkan itu, ibu mangsa ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Bagaimanapun, pihak mahkamah membenarkan ibu mangsa dilepaskan dan akan didakwa serta dibicarakan atas kesalahan dalam mengabaikan anak-anaknya. Hakim menjelaskan bahawa kerana pakdemik COVID-19, ibu mangsa itu diberikan perlepasan sementara dari tahanan sebagai tindakan pencegahan.

“Semasa melakukan siasatan, ibu mangsa tidak menunjukkan sebarang reaksi emosi.

“Malah, tidak menangis, tidak tertanya tentang anak-anaknya atau apa yang telah terjadi pada anak-anaknya. Dia cuma menyatakan bahawa dia mahu berdiam diri,” kata Pegawai Penyiasat Yvens Moreira.

Walau begitu, penyiasat percaya bahawa punca kebakaran yang berlaku itu adalah disebabkan litar pintas daripada kipas angin.

Sumber: The Sun

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.