Siakap Keli
Gambar via CNN.Com

Remaja Cipta “Hug Booth” Buat Warga Emas Yang Tak Dapat Menyentuh Orang Tersayang

Kes positif wabak pandemik COVID-19 di seluruh negara semakin hari semakin menunjukkan peningkatan termasuklah negara Amerika Syarikat. Hal ini, rumah penjagaan di seluruh Amerika Syarikat terpaksa menjalani kuarantin untuk jangka masa yang lama.

Oleh hal ini, seorang remaja daripada Persatuan Pengakap Amerika Syarikat telah menggunakan idea kreatifnya dengan mencipta ‘bilik pelukan’ di pusat penjagaan warga emas. Berikutan ini supaya mereka dapat melepaskan kerinduan kepada orang tersayang pada waktu pandemik yang kian memburuk dari hari ke hari.

“Pada bulan Mac yang lalu, ketika kuarantin, salah seorang warga emas di pusat penjagaan tersebut memberitahu saya bahawa satu-satunya perkara yang dirinya terlepas adalah pelukan,” kata Becky Hudson kepada CNN.

“Ketika itulah saya mula berfikir cara supaya mereka dapat memeluk orang yang mereka sayangi tanpa membahayakan nyawa mereka,” katanya lagi.

Untuk melindungi warga emas, kebanyakkan pusat penjagaan terpaksa ditutup untuk dilawati oleh ahli keluarga. Bahkan, beberapa penghuni dilarang meninggalkan bilik untuk berkomunikasi dengan penghuni yang lain.

Amerika Syarikat telah mencatat lebih daripada 100,000 penghuni dan kakitangan pusat penjagaan dan pusat kemudahan sokongan hidup telah dilaporkan meninggal dunia kerana COVID-19, menurut analisis Kaiser Family Foundation.

Pada bulan September lalu, Hudson berkongsi ideanya dengan Pasukan Pengakap Boy 848 tempatan dengan harapan mereka dapat membantu. Dengan ini, McCain Penrod, 17 memutuskan untuk mengambil bahagian dalam projek tersebut. Hampir sebulan dengan bantuan ayahnya dan rakan pengakap serta rakannya mencuba pelbagai reka bentuk sebelum membina tiga bilik kayu.

Setiap bilik dilengkapi dengan tingkap kaca plexiglass supaya mereka dapat melihat satu sama lain. Malah, mempunyai dua sarung tangan yang besar yang sudah dibersihkan untuk digunakan oleh warga emas meletakkan tangan mereka untuk memeluk rakan dan keluarga.

“Ketika saya bercakap dengan beberapa penghuni, saya melihat ini bukan keinginan tetapi keperluan.

“Ada banyak kepuasan untuk memenuhi keperluan terutama bagi mereka yang paling terkesan selama pandemik,” kata McCain.

Gambar via CNN.Com

Sumber: CNN.Com

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.