Seperti ramai tahu, realme baru sahaja membuat kemunculan model baharu untuk siri realme 7 iaitu realme 7 5G untuk pasaran tempatan. Ianya merupakan model telefon realme 7 paling berkuasa dalam sirinya dengan jelas menyokong rangkaian 5G.
Rata-rata pengguna telefon pintar dikatakan kagum dengan teknologi canggih dan spesifikasi yang ditawarkan oleh realme 7 G5 ini. Walau pelbagai jenama melancarkan telefon pintar model baharu, kenapa realme 7 G5 ini paling mencuri tumpuan ramai?
Apa yang kami boleh katakan, lima sebab ini cukup membuktikan realme 7 5G ini sebagai peranti kelas pertengahan yang hebat dengan harga mampu milik. Let’s check it out!
1) Cip MediaTek Dimensity 800U 5G berkuasa tinggi
Kalau korang nak tahu, realme merupakan jenama pertama dalam negara yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 800U 5G di dalam telefon pintar realme 7 5G. Dijana dengan cip pemproses 7nm, ianya menjadikan cip ini sebagai cip pertengahan berkuasa tinggi dan paling efisien.
Lebih mengagumkan, berdasarkan pretasi pada perisian penanda aras AnTuTu, cip MediaTek Dimensity 800U 5G didapati menjadi telefon pintar PERTAMA dalam linkungan harganya yang berjaya memecahkan penanda aras 340,000 mata. Wow!
Ini bermaksud, cip MediaTek Dimensity 800U 5G lebih berkuasa daripada cip Snapdragon 764 yang hanya memperolehi mata sekitar 286,000 sahaja di dalam peranti kelas pertengahan.
Prestasi cip Dimensity 800U ini dikatakan 11% lebih laju pada CPU dan 28% lebih pantas untuk prestasi GPU. Jadi, tak hairanlah apabila korang sebagai pengguna terutamanya ‘kaki game’ akan mendapatkan pengalaman bermain luar biasa kerana peranti lebih lancar tanpa sebarang delay.
2) 5G + 5G DSDS
Jelas pada namanya, sudah tentu realme 7 5G mempunyai rangkaian 5G. Setakat ini, realme 7 5G menjadi telefon pintar pertama dalam kelasnya yang menyokong teknologi ini. Tetapi, apa kelebihan telefon pintar yang mempunyai teknologi 5G+5G DSDS?
Ianya bermaksud peranti ini menyokong rangkaian 5G pada kedua-dua SIM di mana rangkaian 5G ini boleh disambungkan pada SIM kad untuk mendapatkan internet berkelajuan tinggi.
Walau kat mana pun korang berada, teknologi 5G pada realme 7 G5 dapat menyokong rangkaian internet korang dengan lebih baik dan laju lagi. Hebat kan!
3) Paparan Skrin 120Hz Lebih Lancar
Bila memilih realme 7 5G, korang tidak akan menyesal sebab akan mendapat kepuasan dalam melihat skrin terutamanya bagi penggemar permainan mudah alih. Kenapa kami cakap macamtu?
Ini kerana, realme 7 G5 mempunyai skrin kadar segar semula 12oHz dengan saiz seluas 6.5 inci LCD serta kadar persampelan 180Hz di mana akan memberikan pengalaman bermain yang lebih lancar dan memuaskan kepada korang.
Bukan itu je, ia mampu menghasilkan 120 bingkai sesaat atau sekitar 100 peratus lebih banyak berbanding skrin paparan 60Hz yang masih digunakan pengeluar telefon pintar lain di pasaran. Ini bermaksud, korang akan mendapat paparan visual yang lebih lancar dengan setiap sentuhan skrin.
4) Bateri besar dengan sokongan pengecasan pantas 30W Dart Charge
Apa yang best, korang tak perlu risau bateri habis jika menggunakan realme 7 5G ini. Ini kerana, telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri besar berkapasiti 5,000mAh.
Berdasarkan uji kaji, realme 7 5G boleh bertahan selama 35 jam untuk panggilan biasa, melayari Youtube 17 jam, mendengar muzik online 103 jam dan 19 jam jika menggunakan aplikasi WhatsApp.
Tambah menarik lagi, korang hanya memerlukan masa yang sekejap sahaja untuk mengecas peranti ini kerana ianya disokong oleh pengecasan pantas 30W Dart Charge.
Caj yang penuh hanya mengambil masa 65 minit dan sebanyak 50 peratus pengecasan dalam tempoh 26 minit. Sangat menjimatkan masa korang tetapi boleh guna dalam tempoh yang lama. Best kan!
5) Sistem kamera terbaik dengan 48 MP
Tak cukup jika semua fungsi canggih ini jika tidak disertakan dengan sistem kamera terbaik. Bagi korang yang suka bergambar, realme 7 5G menampilan 48 megapiksel (MP) kamera utama, 8MP kamera sudut lebar dan 2MP kamera makro serta 2MP kamera potret B&W.
Nak selfie? Jangan risau, sebab realme 7 5G ada kamera hadapan dengan 16MP. Telefon pintar dengan pelbagai spesifikasi canggih dan kamera terbaik? Sudah tentu realme 7 5G jawapannya.
Selain itu, ianya mempunyai sokongan audio Dolby Atmos, pembesar suara mono dan pengimbas cap jari pada butang kuasa di sisi.
Peranti ini tersedia dengan varian storan 8GB + 128GB serta dilengkapi dengan slot sim hibrid di mana pengguna boleh memilih menggunakan kad SIM + kad SD (256GB) atau dua kad SIM pada satu-satu masa.
HARGA MAMPU MILIK
Terdapat dua warna yang boleh dipilih iaitu Flash Silver dan Mist Blue dengan harga pasaran berbaloi dan mampu milik, serendah RM1,299 (8+128GB) sahaja.
Korang boleh terus dapatkan di Lazada sekarang atau pengedar sah di seluruh negara bermula 25 Disember ini. Barangan percuma turut ditawarkan untuk pembelian melalui pengedar sah.
Layari realme.com.my atau Facebook Realme Malaysia bagi mengetahui sebarang promosi lanjut mengenai realme 7 G5.